Monday, January 21, 2008

Perkongsian Liqa'

Liqa' Berkarisma diadakan pada setiap minggu bertempat di UIA..ana letakkan di blog ana ni untuk berkongsi dgn sahabat2 diluar sana..moga ianya bermanfaat..insyaAllah..

Tarikh : 8 Januari 2008
Masa : 6 ptg – 7 ptg
Tempat : LT 1 Admin
Jemputan : Dr. Zulfakar dan Bro. Sani

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Illahi kerana Liqa' Berkarisma yang telah diadakan berjalan dengan lancar.Liqa' Berkarisma ini diadakan bertujuan untuk mengumpulkan semua ahli K-Uia dalam satu majlis ilmu untuk menimba perkongsian,nasihat dan buah fikiran dari jemputan yang hadir.Liqa' ini akan diadakan pada setiap minggu dengan pengisian-pengisian yang lebih mantap.

Liqa' Berkarisma 1 menyaksikan kehadiran ahli-ahli K-Uia yang tidak memberangsangkan.Hanya ¼ daripada jumlah ahli yang sebenar iaitu seramai 200 org turun pada liqa' kali ini.Keadaan ini sudah menjadi kebiasaan pada setiap prog sebenarnya.Di manakah silapnya..adakah disebabkan promosi yang tidak hebat dan meluas,atau waktu yang ditetapkan tidak sesuai ataupun juga ahli-ahli K-Uia sendiri yang masih belum ada kesedaran dan masih xproaktif!Tidak mengapa..tidak perlu terlalu merungut.Ini mungkin hanya satu permulaan.Tetapi,yang kurang perlu ditambah,yang rongak perlu di tampung,yang cacat perlu dipulihkan agar liqa' yang seterusnya lebih meriah!

Dalam Liqa' Berkarisma 1 ini pengisian nya adalah lebih kepada sharing moment daripada 2 Tokoh Akademia yang dijemput khas.Topiknya berkaitan kehidupan di alam kampus dan tarbiyyah.Antara isi penting yang telah disampaikan oleh 2 orang speakers ini adalah :

i)t/jawab sebagai indidvidu muslim
ii)ujian,halangan atau cabaran yang perlu ditempuh dalam lapangan da'wah ini

lntipati yg pertama adalah berkaitan dengan t/jawab individu muslim.Apa t/jwb kita sbnrnya??tahu tak kita selama ni bukan hanya belajar menjadi t/jawab kita.Amal islami,tarbiyyah dan khidmat masyarakat perlu diambil kira dan tidak hanya sebagai sampingan dan di ketepikan.Ijazah sememangnya yg pertama,tetapi inagt..risalah bukan yg kedua.Perlu bergerak seiring!"

Seiring dgn t/jawab yang perlu dikendong..adanya ujian,halangan dan cabaran yang perlu di tempuh.Masaalah utama adalah berkaitan dengan keterlibatan.Adanya mad'u yg ramai ttp kurangnya du'at.Ujian dan cabaran di alam pekerjaan,rumah tangga,kecelaruan dan apa yg berlaku diluar sana perlu di hadapi dengan kekuatan.Apa yang penting adalah istiqamah dan pembinaan dalaman iaitu HATI.

Pada sesi soal jawab,ada dikalangan ahli yg bertanyakan tentang resepi dan tips bagaimana Dr. Zulfakar dan Bro. Sani tetap istiqamah dari dulu sampai sekarang dan tidak pernah rasa jemu buat kerja da'wah.

Jawapan??

Dr. Zulfakar cakap..di antara kekuatan dalah PASANGAN..lebih ditekankan disini adalah konsep Baitul Muslim..ramai yang bersetuju kan??Ktnya Dr. Zulfakar..kita xmampu buat kerja sorang dan perlukan org yang memahami fikrah,wawasan dan faham dgn kerja kita.

Bro. Sani menyokong dan beliau menambah bahawa kita pd awal-wal lagi kena faham dan jelas dgn tujuan kita serta apa yg kita perlu buat.Dalam masa yg sama..kita kena berusaha mendapatkn keredhaan Allah.

Soalan yg lain adalah bagaimana pula dgn situasi seseorang individu yg datang dari keluarga yg bkn berlatar belakangkan tarbiah..

al-jawab…

Individu tersebut adalah individu yang terpilih yang telah dipilih oleh Allah.Apa yg perlu di lalui olehnya adalah lebih mencabar kerana perlu berhadapan dengan keluarga sendiri.Mungkin timbul persoalan bahawa bukan senang nak berhadapan dengan keluarga sendiri.Tetapi kita perlu ingat..usaha itu yang penting krn Allah akan melihat pd usaha.Biar lambat..lagi banyak pahala yg kita dapat.

Lagi satu soalan..

Bagaimana nak atasi dan siapakah yg perlu dipersalahkan apabila timbul situasi dimana dikalangan ahli hanya bersama ketika buat kerja da'wah jer tetapi lupa pada personal life.

Sebenarnya kita perlu kembali kpd usrah.Adakah usrah kita berkesan?Mungkin ini terjadi disebabkan usrah yg tidak berkesan.Usrah yg sebenar adalah yg memenuhi ketiga-tiga rukun usrah yg semua org tahu..taaruf,tafahum dan takaful.Tafahum lah yg lebih penting sebab kita kena faham bukan hanya sekdar diri individu itu tetapi perlu faham sampailah kpd keluarga.

Soalan last skali..

Bagaimana dgn individu yg aktif di universiti,ttp sebaliknya bila berada dirumah.

Ktnya Dr. Zulfakar..individu tersebut telah gagal menjiwai tarbiyyah.double standard??personal interest??fikir2 kan lah..sama2 lah muhasabah diri..tepuk dada tanya IMAN..

Mutiara kata..

T/jawab kita berat lebih-lebih lagi kepada naqib/naqibah.Cuba yang terbaik untuk melunasi t/jawab ini.Apa yg penting usaha itu perlu ada..xmampu ape boleh buat..ttp jgn cepat berputus asa…

wallahu'alam..

setia pada perjuangan...

Farhah Amirah Bt Che Mohd Ariff
Setiausaha Majlis Syura K-Uia

nantikan Liqa' Berkarisma ke-2.. :)

No comments: