Wednesday, February 27, 2008
cc oh cc..~
adoii..bising nyer..
cc oh cc..demi mu..ku sanggup bertahan..
jom lawat blog sofy..dia bercerita tentang cc yang kitorang tgh duduk skarang nih..hurm..
http://sofiyyah.blogspot.com
|||| Hebron Massacre ||||

nela..nak promote jugak..hehe
sape2 berminat nak beli buku ni..atau nak tolong jualkan..boleh contact ukhti nihlah johari..
ni blog dia.. http://epilogpejuang.blogspot.com
beli sambil menderma untuk palestine..!!
jom beli beramai-ramai..
buku yang comel ni sangat2 menarik dan nak tahu ape cerita di dalam nya..kena beli dulu.. :)
harga hanya RM 1.50..murah jer..top up Rm 10 boleh beli..tak kan buku RM 1.50 tak mampu beli kot..kan..kan??
beli jangan tak beli..sama-sama membantu saudara kita di palestine..
allahuakbar!!
sudah tiba masanya..
dah tiba masa untuk ape ek..
jeng..jeng..
untuk meregister subjek laa..
cepatnya masa berlalu.dah nak masuk 2nd year,2nd semester..
cabaran makin besar..belajar makin susah..
nak register ni kena cepat2..ni pun terpaksa kluar dari UIA untuk meregis subjek ni sebab takut tak sempat..kat UIA memang sure lah org berebut-rebut nak register..jadi,buat kt cc luar UIA lagi bagus..xpayah nak berebut..ok tak idea??sebab dah serik buat manual ni..serik sangat2!!
untuk semester depan bertambah lah satu subjek yang banyak kerja dan banyak kena pakai duit..
xnak amek subjek tu boleh tak??hurm..mana boleh..nanti xleh grad laa.. :(
walau ape pun..kpd kawan2..selamat meregister subjek la ek.regis cepat2..!!nanti kena buat manual kalau section full.. :)
berusaha!!
Saturday, February 23, 2008
:::|| Eid Milad ||:::
alhamdulillah..hari ni tanggal 23 februari sudah cukup usia kematangan ku...
bersyukur kerana sehingga saat ni diri ni masih mampu bernafas dan dapat terus beribadah..
terima kasih buat sahabat..teman seperjuangan..adik badik usrah yang cumil2.. :) anak-anak usrah akak yang akak sayang..teman-teman yg jauh dan dekat..atas ucapan kalian,kata-kata semangat,peringatan dan nasihat serta doa daripada kalian yang dapat membangkitkan lagi semangat untuk meneruskan lagi perjuangan ni tanpa mudah mengalah..
juga buat sahabat-sahabat yang hantar testi kat friendster..terima kasih banyak2..maaf sebab hanya sempat mengapprove jer..tak sempat nak reply..masa online terlalu terhad..afwan
jazakillah atas msg2 pesanan yang bertalu-talu ana terima..itulah kekuatan buat ana..dan maaf andainya ana tak sempat nak reply semua sms.bukan ape..empunya diri pun terlupa hari lahir sendiri.balik dari Nilai terus tidur.sampai heran kenapa laa malam-malam ni org sms lg.rupa-rupa sms yang cukup-cukup bermakna buat ana.. ;) sampai penuh inbox sebab tak sedar msg masuk.w/ape pun syukran jazilan kathira..tak terucap dengan kata-kata.terasa diri ini bukan lah keseorangan.. (",)moga dengan peningkatan usia ni..diri ni menjadi lebih matang dan lebih bersemangat!!
teringat kata-kata seorang sahabat..yang paling jauh dari diri ni adalah MASA LALU dan yang paling dekat dgn diri ni adalah KEMATIAN..
moga ajal kita sampai ketika kita dalam keadaan bekerja untuk ISLAM bukan dalam keadaan kita sedang bersenang-senang dgn hal keduniaan..
waalahu'alam..
Monday, February 18, 2008
..sInDrOm & uJiAn..
untuk kali ni ana letak sambungan dari perkongsian liqa' yang lepas.perkongsian ni dari Akh Nuh,Setiausaha 1 Majlis Syura dan ana cuma mengedit dan menambah mana yang patut..ok..moga beroleh manfaat..
Sindrom-sindrom:
1. Sindrom Gelombang
Sangat bersemangat. Lazimnya berlaku ketika berada dalam golongan yang ramai atau ketika mendengar ceramah. .Teruskan bersemangat bula kita tengah semangat dan apabila dah hilang semangat,cari semangat dari orang sekeliling ataupun beri semangat kepada diri sendiri
2. Sindrom roda
Asam garam kehidupan di mana adakalanya kita berada di atas, adakalanya berada di bawah.
3. Sindrom zon extreame
Satu keadaan dimana di luar kebiasaan sesuatu yang biasa.Extereme di aman kita terlalu positif.Terlalu positif pun bahaya jugak sebab kita tak fakir risiko nya nanti.Tp bila kita kecewa pada sesuatu,kita terlalu negatif.Kalau terlalu negatif,susah untuk kita ubah dan nak bangkit kembali.
4. Sindrom zon selesa
Berada dalam keadaan selesa. Contohnya, seperti berlaku pada Ka’ab bin Malik ketika perang Tabuk di mana beliau terleka dengan kebun beliau.
5. Sindrom silence & vanish
Lazimnya berlaku pada mahasiswa dimana pada mulanya menyepi, selepas itu menghilang terus. Contohnya, seseorang berbuat salah, akibatnya dia berasa malu untuk berdepan dengan sahabat-sahabat seperjuangan kerana telah berbuat salah.Perkara ni selalu berlaku dalam usrah ka.Jadi kena cuba elakkan.
Perlu juga kita ada sifat merendah diri:
Kita kena assume bahawa:
- Golongan muda: mereka kurang buat dosa
- Golonagan tua: mereka banyak buat pahala
- Golongan yang melakukan dosa: Mereka buat dalam keadaan yang jahil walhal kita buat dosa dalam keadaan yang mengetahui perkara tersebut salah
- Golongan ahli ibadat: mereka banyak amal dan kurang dosa dan kita banyak dosa dan kurang amal
Bentuk-bentuk ujian:
- Harta, pangkat, kaya, isteri, dan anak.
1. Ujian adalah fitrah
Ujian merupakan lumrah kehidupan. Oleh itu jadikanlah menang itu sebagai kejayaan, mati itu sebagai syahid, dan dipenjara itu sebagai beruzlah. Tujuan Allah memberi ujian pada manusia adalah tidak lain sebagai:
“Apakah manusia itu mengira bahwa mereka dibiarkan (saja) mengatakan: "Kami Telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi?. Dan Sesungguhnya kami Telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, Maka Sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar dan Sesungguhnya dia mengetahui orang-orang yang dusta.”( Al-Ankabut:2-3 )
2. Untuk memberi ganjaran kepada manusia.
Ingatlah, sesungguhnya Allah tidak menurunkan ujian apa yang manusia tidak mampu. Ini dibenarkan oleh Al-Quran:
“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. ia mendapat pahala (dari kebajikan) yang diusahakannya dan ia mendapat siksa (dari kejahatan) yang dikerjakannya. (mereka berdoa): "Ya Tuhan kami, janganlah Engkau hukum kami jika kami lupa atau kami tersalah. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau bebankan kepada kami beban yang berat sebagaimana Engkau bebankan kepada orang-orang sebelum kami. Ya Tuhan kami, janganlah Engkau pikulkan kepada kami apa yang tak sanggup kami memikulnya. beri ma'aflah Kami; ampunilah Kami; dan rahmatilah kami. Engkaulah penolong kami, Maka tolonglah kami terhadap kaum yang kafir." ( Al-Baqarah : 286 )
Kita patut berdoa pada Allah untuk tidak menurunkan ujian yang kita tidak mampu pikul. Dan moga-moga kita berada dalam kalangan orang-orang yang mampu menghadapi ujian-ujian dan masih dalam keadaan beriman dengan izin Allah. Sesungguhnya, syurga menanti orang-orang yang sabar.
p/s:hanya mampu mencopy paste dari penulisan Akh Nuh sebab teramatlah busy buat masa ni..maaf dipinta..
Friday, February 15, 2008
|| Cakap vs Buat ||
antara bercakap dan buat mana yang banyak kita lakukan..lebih banyak bercakap ke..atau pun lebih banyak buat kerja.cakap banyak tp kerja tak buat..cakap jer pandai tp buat nya tak pandai..org kata cakap tak serupa bikin..betul ke?
kita sebenarnya tak perlu banyak bercakap tetapi perlu terus melakukan kerja.kalau cakap jer pandai..tp tak buat..tak ada gunanya.biarlah amal kita yang jadi jurucakap kita.kita kena kurangkan bercakap dan banyakkan amal.bukan bermaksud kita tak boleh bercakap dan tak perlu bercakap..tapi cuma kurangkan je.banyak cakap..banyak lah kita buat silap..banyak pula dosa nya nanti.katanya Pak Anjang,kita ni sebenarnya mudah untuk bercakap berterusan tetapi sukar untuk melakukan amal yang berterusan.betul atau tidak tu..masing-masing nilai lah diri..
bercakap soal buat dan cakap ni..teringat kisah Hassan Al-Basri.Hassan Basri ni..kalau dia suruh orang lain buat amal kebaikan..dia akan pastikan diri dia dulu yang akan buat .kalau dia nak mencegah kemungkaran dan melarang seseorang melakukan kejahatan,dia akan pastikan yang dia sendiri tak buat kejahatan tu.orang yang mcm Hassan Basri ni lah yang patut kita contohi.jangan main banyak cakap sahaja..tp buat nya tidak.biarlah kedua-duanya seiring.jangan harapkan orang lain buat kalau kita sendiri tak buat..betul tak?fikir-fikirkan lah..
Perkongsian Liqa' VI
Liqa’ kali ni menjemput seorang speaker yang dulunya adalah rockers tapi sekarang merupakan seorang pendakwah yang hebat!!ini menunjukkan kebesaran Allah..Dia berhak memberi hidayah kepada siapa yang dia kehendaki..
Nak tahu tak siapa nama speaker kali ni..ana cuma tahu nama panggilan dia jer..Pak Anjang..nama sebenar tak tahu..dan tak diberitahu kot..xpe..next time kita cari apa nama sebenar dia..mungkin ada ikhwah akhawat yang kenal beliau..siapa-siapa yang kenal..bg tahu lah ye..
Liqa’ kali ni lebih kepada perkongsian pengalaman dari Pak Anjang.Tapi sebelum memulakan perkongsian beliau,Pak Anjang lebih dahulu memberi peringatan kepada para ikhwah dan akhawat yang hadir.Semua tahu kan apa yang dinyatakan dalam ayat 7 dari surah Muhammad?ana bg tahu intipatinya je ye..ok dalam ayat itu,dinyatakan bahawa barangsiapa yang menolong agama Allah,nescaya Allah akan menolongnya.Ayat itu lah yang dapat memberi dorongan dan suntikan semangat untuk melakukan kerja da’wah.Di waktu kita penat dan lelah dengan bekerja,di waktu dimana kita menegluh dan rasa nak mengalah dengan ujian dan halangan yang dihadapi,bc lah ayat tu,fahamilah maksudnya,insyaAllah semuanya akan kembali seperti sediakala dan lebih bersemngat.
Bila bercakap tentang pengalaman,semua orang ada pengalaman yang tersendiri.Semua orang akan mengalami graf kehidupan sendiri.Melalui pengalaman lah kita akan belajar banyak benda.Kita akan melalui pengalaman bermula lah pada zaman sekolah,semasa di alam mahasiswa sehinggalah kita pencen.Pengalaman-pengalaman ni terutama sekali pengalaman da’wah ni adalah untuk mematangkan kita.
Bercakap mengenai era kehidupan seorang da’ie,persoalan di kemukakan,sejak bila kita mula berda’wah?kalau di zaman nabi,dari kecil lagi dah mula berda’wah.tp kita?adakah kita dah mula berda’wah masa berada di tadika?rasanya mustahil ada yang mula berda’wah semasa berada di tadika.paling awal pun kita mula berda’wah semasa kita di sekolah menengah.itu pun hanya dengan menyertai usrah dan melalui program-program.tp cukupkah dengan menyertai usrah dan program,ia di kira sebagai terlibat dengan da’wah?katanya Pak Anjang..walaupun hanya dengan usrah dan program..kita dah dikira terlibat dengan da’wah sebab nya ia adalah da’wah bersama rakan-rakan.
Waktu yang paling sesuai untuk kita pulun habis kerja-kerja da’wah ni adalah semasa kita di alam mahasiswa.Masa nil ah kita kena cuba gunakan sehabis mungkin untuk buat kerja da’wah sebab masa kita hanya untuk belajar dan tiada masa yang lain lagi.Jadi masa kita kat universiti nilah kita punyai banyak masa untuk semua tu.Tp jangan sampai abaikan pelajaran.Ijazah dan risalah perlu bergerak seiring.Jangan sampai disebabkan kita gagal,akan jadi fitnah yang besar.Sepatutnya kita kena jadi qudwah hasanah dan orang akan tabik spring..toing!!..toing!!.. sebab dalam da’wah pun kita bagus dalam pelajaran pun kita mantap!!Jadi gunakanlah masa ni dengan sebaiknya sebab bila dah berkahwin dan berkeluarga..masa kita banyak terumpu kepada benda lain..pada anak dan isteri..nak cari nafkah lagi..banyak kan t/jawab..cuma jangan sampai lupa pada t/jawab kita yang besar ni.Kerja-kerja da’wah ni kalau kita tak mulakan sekarang,bila lagi kita nak mula..nak tangguh sampai bila.Sampai kita dah pencen baru nak bekerja?dah tua bongkok empat baru nak ada kesedaran?apa sangat yang kita boleh sumbangkan..tak sebanyak semasa kita zaman muda..masa muda ni lah nak kerah semua tenaga sebab zaman nabi dulu..Islam ditegakkan oleh orang muda.Jadi,apa tunggu lagi??
Dalam Liqa’ kali ni jugak,Pak Anjang berkongsi tentang jenis mad’u.Mad’u ni ada empat golongan..
i. Mad’u yang mendukong.Mad’u yang mendukong ni adalah yang memang betul-betul buat kerja.yang menerima dan bekerja dengan mantap skali
ii. Mad’u jenis kedua adalah med’u yang menyokong.Mad’u yang mcm ni,dia akan menyokong apa yang kita buat w/pun dia tak buat.
iii. Mad’u yang tidak menentang.Mad’u jenis ni adalah yang tidak lah bersetuju tetapi tidak juga menetang.Kira macam terima seadanya..
iv. Mad’u yang akhir sekali ianlah mad’u yang menentang.Apa sahaja yang kita buat,dia akan menentang,tetapi kita jangan menentang balik.Biarlah dia dengan penentangan dia.Suatu hari nanti terbukalah pintu hati dia tu.InsyaAllah..
p/s:akan bersambung..insyaAllah..panjang lagi ni..
antara yang akan dikupas:
cakap vs buat
sindrom
ujian
merendah diri
Sunday, February 10, 2008
:::Isteri dan Zuriat Penyejuk Mata:::
Tafsiran Bagaimana Isteri dan Zuriat Penyejuk Mata (25:74)
ALLAH Berfirman:
"Dan orang orang yang berkata: "Ya Tuhan kami, anugerahkan lah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati(kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa" (AL-Furqan 25:74)
Tafsiran ayat"anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyejuk mata (kami)" ialah:
"Iaitu org2 yg meminta kpd ALLAH SWT utk dikeluarakan dari tulang sulbi mrk,keturunan mrk yg taat dan hanya beribadah kpd Nya, yg tidak ada sekutu bg Nya"
"Ibnu Abbas berkata: Iaitu org(isteri dan zuriat) yg beramal ketaatan kpd ALLAH, hingga menjadi penyejuk mata mereka didunia dan diakhirat."
"Ikrimah berkata: Mereka tidak dikehendaki menjadi org yg pandai atau org tampan,akan tetapi mrk diinginkan menjadi org yg taat"
"Hassan Al-Basri ditanya tntg ayat ini,lalu beliau menjwb: Iaitu Allah memperlihatkan hamba Nya yg Muslim dari isterinya,saudaranya dan anaknya dalam ketaatan kpd ALLAH. Tidak,demi ALLAh,tidak ada sesuatu yg dpt menyejukkan mata seorg muslim dibandingkan ia melihat anak yg dilahirkan dan saudara yg mengasihinya(isterinya) sebagai org yang taat kpd ALLAH SWT"
"Ibnu Juraij berkata: Mereka beriabadah kpd Mu,lalu memperbaiki pengabdiannya kpd Mu,serta tdk bersikap membangkang kpd kami"
"Abdurrahman bin Zaid bin Aslam berkata: Iaitu mereka meminta kpd ALLAH SWT utk isteri dan keturunan mereka agar diberi hidayah kpd Islam"
Tafsiran ayat "dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertakwa" ialah:
"Ibnu Abbas, al-Hasan, as-Suddi, Qatadah dan ar-Rabi' bin Anas berkata: Iaitu, para imam yg diteladani dalam kebaikan"
"Selain itu,mereka juga berkata: Para penunjuk yg mendapatkan petunjuk lagi para menyeru kebaikan."
Mereka begitu senang bahawa ibadah mereka bersambung kepada beribadahnya anak2 dan keturunan mereka serta hidayah yg mereka dapatkan bisa bermanfaat kpd yg lain nya hingga banyak lah pahala dan baiklah tempat kembali nya. Untuk itu, tercantum dalam Sahih Muslim dahwa Abu Hurairah berkata: Rasulullah SAW bersabda:
"Apabila anak Adam meninggal dunia,maka terputuslah amalannya kecuali tiga hal: Anak shalih yg mendoakannya, ilmu yg bermanfaat dan setelah itu,shadaqah jariah yang mengalir pahalanya" (HR Muslim)
rujukan:tafsir ibnu kathir
Saturday, February 9, 2008
~..perjuangan mesti diteruskan..~
menjejakkan kaki ke Taman Ilmu dan Budi bukan lah hanya dgn satu t/jawab semata-mata..masih banyak lagi t/jawab yang tersisa..yang masih diri ini berhutang..moga mampu melunasi nya.insyaAlah.ada sesuatu menanti di sana..t/jawab seorang pelajar yang akan bersemuka dengan kertas-kertas yang akan menguji tahap kefahaman dan keseriusan menimba Ilmu.hanya beberapa hari lagi tersisa.adakah anda,awak,saya,ana dan kalian sudah bersedia?adakah kalian pasti sudah bersedia?bersedia atau tak,kita perlu menghadapinya.tiada alasan untuk tidak mengambil test.boleh je kalau tak nak ambil test..senang sangat2..tak perlu hadir..itu sahaja caranya.mudah kan??tp fikirlah adakah betul caranya.itu di kira menzalimi diri sendiri.meletakkan diri untuk tidak lulus!!w/bagaimanapun kita masih punya masa untuk berusaha..tp satu je kita kena ingat!!belajar bukan untuk exam..tapi untuk Ummah..demi Islam..agama tercinta.pesanan ni selalu ana ingat..pesanan dari seorang teman.. :)
ana mohon beribu kemaafan kerana tidak dapat membuat banyak perkongsian Ilmu sebelum ni dan selepas ni atas sebab ana tgh berperang..berperang dgn akal,hati,jiwa,jasad dan semua bentuk fizikal dan mental..musuh menyerang tiba-tiba tanpa dapat dikesan..susah ana nak pertahankan diri.doakan sahabat-sahabat..moga musuh ana tu kalah dan mati tak hidup2 lagi.ameen..
++baitul muslim++
inilah pilihan ku..
kerana jasad ini berada di atas jalan ini..
jalan yg menjanjikan nikmat syurga dan kebahagiaan kelak..
di atas jalan da'wah..hati dan diri ini pasti..ini lah pilihan dan takdir buat ku..
moga inilah yang terbaik buat ku..
jua buat teman2 seperjuangan..
ameen..
pesan Pak Hassan..kalau nak cr pasangan..kena nilai 3 perkara ni..
selamat pengantin baru buat 2 pasangan bait muslim yang telah selamat melangsungkan majlis aqad...jua sekalung tahniah buat teman seperjuangan di saat sedih dan gembira..yang bakal membina masjid bersama ------- pilihan Allah..moga bahagia selamanya milik kalian..Allah yubaarik 'alaikum..
Friday, February 8, 2008
...:ayat-ayat cinta:...

kat bwh ni ana letak link blog kwn ana(ukhti maryam)..boleh tgk trailer ayat-ayat cinta..jom!!
Pejuang Islam..~
Setelah itu, beliau menetap beberapa ketika di bandar Ismailiah. Di sini beliau menubuhkan pejabat pertama Ikhwan bersama-sama beberapa orang anggota ikhwan lain.
Usaha beliau melangkah setapak lagi apabila beliau mula mengadakan sesi ceramah serta menyebarkan bahan cetak. Malah beliau mula mengadakan lawatan ke beberapa bandar dan desa. Kesannya di setiap daerah akhirnya wujud sebuah pusat dakwah. Dakwah beliau juga bukan terhad untuk golongan lelaki sahaja malah di Ismailiah beliau menubuhkan Maahad Ummahat al-Muslimin bertujuan memberikan didikan Islam untuk anak-anak perempuan.
Tidak beberapa lama kemudian beliau berpindah ke Kaherah. Dengan perpindahan ini bermakna ibupejabat dan pusat pentadbiran juga berpindah ke Kaherah. Di sini dakwah beliau semakin menyerlah. Ikhwan semakin berkembang dan jumlah mereka kini mencecah setengah juta orang.
Ahli politik dan kuncu-kuncu mereka mula bimbang dengan pengaruh al-Syahid. Oleh itu mereka berusaha menyingkirkannya dari medan politik. Namun segala usaha ini tidak mampu menggugatkan keazaman beliau. Beliau bangkit memperkenalkan Islam kepada seluruh manusia bahawa Islam mencakupi akidah, ibadah, tanahair, bangsa, toleransi, kuasa, akhlak, budaya dan undang-undang.
Akhbar Ikhwan Muslimin yang diterbitkan setiap hari mula dilancarkan di Kaherah. Akhbar ini menjadi wahana dalam bentuk penulisan selain ceramah yang diadakan.
Ketika krisis Palestin meletus, pasukan tentera Ikhwan merupakan pasukan sukarelawan yang paling aktif. Mereka berjaya mara hingga hampir memasuki Tel Aviv. Malangnya pihak pemerintah ketika itu Raja Farouq telah mengkhianati perjuangan ini apabila beliau menandatangani perjanjian damai dan bertindak menahan pemimpin-pemimpin Ikhwan. Tindakan jahat pihak penjajah tidak terhenti setakat itu sahaja. Mereka mula merancang untuk membunuh al-Banna.
Ketika al-Banna berada di hadapan ibupejabat Pertubuhan Pemuda Islam di Kaherah mereka melepaskan beberapa das tembakan dan kemudian melarikan diri.Malangnya tidak siapa yang merawat al-Banna. Beliau dibiarkan terlantar di lantai hospital dengan keadaan darah yang masih mengalir. Mereka hanya menonton tanpa merasa belas kasihan dan berhati perut. Saudara-mara terdekat juga dilarang melawat. Akhirnya selepas dua jam, beliau menghembuskan nafas yang terakhir pada tahun 1949.Al-Syahid yang dikasihi Allah telah mengabadikan beberapa tulisan yang amat berharga, antaranya Muzakirat al-Dakwah wa al-Da‘iyah dan beberapa risalah.
Dia..
“Tokoh Yang Menggegarkan Bumi Mesir dan Dunia Islam”
“… Tokoh ini telah menggegarkan bumi Mesir serta dunia Arab dan Islam seluruhnya melalui dakwah, tarbiyah, jihad dan ketokohannya yang unggul. Allah telah mengurniakan tokoh ini dengan bakat dan kebolehan yang dianggap tidak mungkin wujud menurut pandangan pakar psikologi, pakar sejarah dan para penganalisis. Kelebihannya terletak pada kemampuan akal yang begitu hebat dan pintar, kefahaman yang luas, emosi yang begitu mantap dan stabil, hati yang penuh keberkatan, jiwa yang muda membara, lisan yang petah, zuhud, qana’ah dalam hidup tanpa mengenal erti susah, rajin dan berwawasan jauh tanpa mengenal erti putus asa dalam usaha menyebarkan dakwah dan prinsip, jiwa yang penuh inspirasi dan bercita-cita tinggi, bersemangat tinggi, berpandangan realistik dan jauh, tabah dan prihatin dengan dakwah, bersikap merendah diri terutama yang membabitkan dirinya sehingga diakui oleh sesiapa sahaja yang mengenalinya. Beliau ibarat sinaran cahaya yang lembut, tidak terlalu cerah, tidak berbalam dan tidak tertutup.
Kepintaran pendakwah ini begitu menonjol dalam dua aspek yang jarang sekali dimiliki pendakwah dan pemimpin yang lain. Pertama, dedikasinya kepada dakwah selain keyakinan, pengorbanan dan penggemblengan seluruh potensi serta kemampuan yang ada untuk dakwah. Ciri ini sudah tentu menjadi syarat utama atau ciri utama bagi seorang pendakwah atau seorang pemimpin yang Allah mahu salurkan segala kebaikan melalui mereka. Kedua, pengaruhnya yang begitu kuat dalam jiwa sahabat serta anak muridnya selain kejayaannya dalam bidang tarbiah dan melahirkan pendakwah. Beliau adalah seorang pembina generasi baru, seorang pendidik bagi sebuah bangsa dan seorang perintis sebuah institusi ilmu, fikrah dan akhlak.Namun saya tidak berkesempatan untuk bertemu dengannya di Mesir atau di luar Mesir. Suatu ketika saya berpeluang melawat Mesir namun rahmat Allah lebih mengasihi beliau. Ketika peristiwa kesyahidannya yang menggegarkan jiwa berjuta umat Islam, umurnya ketika itu masih belum mencecah empat puluh dua tahun. Dunia Islam kehilangan seorang yang unggul dalam sejarah manusia. Sehingga kini saya masih rasa terkilan kerana hilang kesempatan ini…”
-Abu al-Hasan al-Nadwi-
“Berkurun lamanya umat Islam tidak melihat orang seperti Hasan al-Banna”
“Secara terbuka saya katakan dan apa yang saya katakan ini tidak salah untuk anda sampaikan kepada orang lain. Saya tegaskan di sini bahawa telah berkurun lamanya umat Islam tidak melihat orang seperti Hasan al-Banna. Segala sifat ada padanya dan terpampang dalam peribadinya. Saya tidak nafikan kemampuan para pembimbing, keilmuan para cendikiawan, pengetahuan orang yang arif, kepetahan para pemidato dan ketajaman bahasa para penulis, ketokohan para pemimpin, kemahiran mengurus yang ada pada para pentadbir, kebijaksanaan para pemerintah, semua ini saya tidak nafikan ada pada mereka semenjak dahulu hingga sekarang. Namun keseluruhan sifat yang hebat ini jarang sekali bergabung dalam satu tokoh sepertimana yang dimiliki oleh Imam al-Syahid.
Beliau dikenali oleh masyarakat dan mereka yakin dengan kejujurannya. Saya termasuk di kalangan mereka yang mengenalinya. Secara keseluruhannya boleh saya katakan orang ini telah menyerahkan segalanya untuk Allah; roh dan jasadnya, jiwa dan raganya serta segala tindakan dan gerak-gerinya. Beliau menyerahkan segalanya untuk Allah dan Allah melimpahkan segala-galanya untuknya. Allah memilih dan meletakkan beliau sebaris dengan pemimpin para syahid yang suci…”
-Sheikh Muhammad al-Hamid-
“Manusia yang ulung”
“… Pada hari Hasan al-Banna dibunuh, dunia ketika itu ibarat suatu yang paling tidak berharga. Mengapa peluru ini perlu menembusi tubuh ini. Ia menembusi tubuh yang diasuh dengan ibadah yang khusyuk, dibelai dengan sembahyang dan sujud yang lama. Ia menembusi tubuh yang diselaputi debu sepanjang perjalanannya di jalan Allah. Tubuh yang menempuh perjalanan yang tiada perhentian. Perjalanan yang membawa berjuta manusia mendengar kata-kata. Membawa manusia kepada Allah melalui suaranya yang bersemangat. Menyatukan beribu-ribu manusia untuk berada bersama di medan Islam.
Melalui lidahnya, al-Quran kembali segar. Ciri pewaris nabi terpancar pada perwatakannya. Manusia yang unggul ini bangkit ibarat tembok kukuh menahan gelombang materialisme yang melanda. Bangkit bersama satu generasi baru yang cintakan Islam dan berpegang teguh dengan Islam. Eropah memahami kewujudan manusia yang agung ini akan mengancam kewujudan mereka di Timur. Justeru mereka berbisik kepada kuncu-kuncu mereka. Akhirnya Imam Syahid terpaksa bermandikan darahnya sendiri dan generasi yang dididiknya terpaksa merengkuk di dalam penjara…”
-Sheikh Muhammad al-Ghazali-
“Teladan dalam segala-galanya”
“… Hasan al-Banna adalah seorang imam yang sejati. Beliau menjadi teladan dalam segala-galanya; ilmunya, imannya, keikhlasannya, kecergasannya, kepintarannya, kepekaannya, hatinya yang berjiwa besar dan rohnya yang suci.Bagi saya Hasan al-Banna adalah hujah yang Allah tunjukkan pada saya bahawa Islam ini mampu membina para pejuang. Islam mampu mewujudkan manusia yang ulung. Mampu membentuk darah daging ini menjadi cahaya yang indah. Beliau seorang yang berfikiran luas. Jiwanya berhubung dengan alam rahsia. Beliau tidak pernah leka untuk mengingati Allah. Ibarat sebuah gunung yang memiliki segala-galanya; ketinggian, keteguhan serta kekuatan. Seorang yang berjiwa kental dan tidak pernah silap menentukan halatujunya. Seorang yang hebat mengisi hati kami dengan cinta Allah. Menyuluh dada kami dengan cinta Islam. Membelai kami dalam suasana yang suci bersih tanpa sebarang noda.Hari Hasan al-Banna dibunuh adalah hari yang paling gelap dalam sejarah manusia. Kehilangannya bererti kehilangan nilai kemanusiaan. Sukar untuk mencari gantinya. Hasan al-Banna dibunuh setelah dua puluh tahun bersama jihad, tanpa henti siang dan malam…”
-Sa‘id Ramadhan-
“Sebuah gagasan yang sebati dalam jiwa”
Hasan al-Banna ibarat satu gagasan yang mantap. Gagasan yang tidak pernah mengejar kekayaan, tidak pernah mencari keuntungan yang bersifat sementara. Justeru beliau hidup bersama kita dengan cara yang amat mudah dan ringkas. Beliau menerima dunia dengan penuh bersahaja. Beliau tidak pernah mencari dunia atau menolak terus dunia. Segalanya sekadar secukupnya. Beliau hanya mengambil sekadar yang perlu. Beliau makan apa yang ada. Pakai pakaian yang ada. Tempat tinggalnya sekadar seadanya. Beliau hidup serba ringkas. Beliau menyerahkan nasib anak-anaknya kepada Allah dan tiada apa yang ditinggalkan untuk mereka. Baginya segala kebahagiaan dan keseronokan dalam hidup ini ialah menyampaikan kalimah Allah kepada seluruh manusia. Meluahkan segala ilmu yang tersimpan di dadanya. Beliau mahu melihat gagasannya yang mulia dan ideal ini menjadi kenyataan. Beliau mahu ia menjadi realiti yang hidup di tengah masyarakat manusia. Menenggelamkan segala kesesatan yang merintangi jalannya. Memberikan sinar cahaya pada dunia ini. Apabila semua ini menjadi kenyataan barulah jiwanya tenang dan terpancar di lubuk hatinya sinar nikmat, cahaya dan kegembiraan.
-Al-Bahi al-Khauli-
“Inilah saya, anda siapa?”
Seorang wartawan bertanya Imam al-Syahid tentang dirinya dan meminta beliau memperkenalkan dirinya sendiri kepada orang ramai. Beliau berkata:“Saya adalah pengembara yang mencari kebenaran. Saya adalah manusia yang mencari erti sebenar kemanusiaan. Saya adalah seorang warganegara yang impikan sebuah negara yang dihormati, merdeka, tenteram dan hidup harmoni di bawah naungan Islam yang murni.Saya hanyalah ibarat seorang yang memahami rahsia hidupnya. Justeru dia berseru: Sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanya untuk Allah tuhan sekalian alam, tiada yang mempersekutui-Nya. Inilah yang diperintahkan kepada saya dan saya salah seorang yang menyerahkan diri.Inilah saya, anda pula siapa?”
-Hasan al-Banna-
**kisah ghulam**
at-toyyibun li at-toyyibat..~
"Wanita-wanita yang keji adalah untuk laki-laki yang keji,dan laki-laki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk laki-laki yang baik dan laki-laki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula). Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu). Bagi mereka ampunan dan rezki yang mulia (surga)"
(An-Nuur 24:26)
Terjemahan dari Tafsir Ibnu Kathir:
Abdullah bin Abbas berkata: "Maksudnya kata2 yang buruk hanya bagi laki2 yang buruk(akhlaknya), dan laki2 yang jahat,yang sesuai baginya hanyalah kata2 yang buruk.Kata2 yang baik hanya bagi laki2 yang baik,dan laki2 yang baik yang sesuai baginya hanyalah kata2 yang baik.Ayat ini turun berkenaan Aisyah dan adlul ifki".
Demikian diriwayatkan oleh Mujahid,'Atha', Sa'id bin Jubair,Asy-Sya'bi,Al-Hasan Al-Basri,Habib bin ABi Tsabit,Adh-Dhahhak dan pendapat ini dipilih oleh Ibnu Jarir ath Thabari:
Maksudnya,perkataan yang buruk lebih sesuai ditujukan kepada orang yang jahat dan perkataan yang baik hanya sesuai kepada orang yang baik.Tuduhan keji yang ditujukan kepada 'Aisyah sebenarnya lebih patut ditujukan kepada mereka. Dan 'Aisyah lebih patut bersih dari tuduhan tersebut daripada mereka. Oleh sebab itu, ALLAH berfirman: "Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan oleh mereka (yang menuduh itu)"
Abdurrahman dan Zaid bin Aslam mengatakan:
"Wanita yg jahat hanya pantas(patut) bagi laki2 yang jahat dan laki2 yang jahat hanya pantas(patut) bagi wanita yang jahat.Wanita yang baik hanya layak bagi laki2 yang baik dan laki2 yang baik hanya layak bagi wanita yang baik. Perkataan ini merupakan situasi lazim iaitu tidak lah ALLAH menjadikan 'Aisyah sebagai isteri Rasulullah SAW melainkan ia adalah seorang wanita yang baik, kerana Rasulullah SAW adalah yang paling baik. Sekiranya 'Aisya tidak baik, tentu secara syar'i dan adatnya tidak pantas(layak) bagi beliau. Oleh kerana itulah ALLAH berfirman : "Mereka (yang dituduh) itu bersih dari apa yang dituduhkan". Mereka jauh dari apa yang dituduhkan oleh ahlul ifki. Firman ALLAH "Bagi mereka ampunan". Kerana tuduhan dusta yang ditujukan kepada mereka. Firman ALLAH: "rezki yang mulia (surga)" di sisi ALLAH swt. Iaitu syurga yang penuh kenikmatan. Ayat ini berisi janji bahwa isteri2 Rasulullah SAW berada di dalam jannah.
Jadilah yang terbaik untuk insan yang terbaik.. ~
Thursday, February 7, 2008
::semoga berbahagia::
selamat pengantin baru buat 2 pasangan ikhwah dan akhawat yang akan melangsungkan aqad pada 9 februari,sabtu ni..yang menariknya..dua2 aqad berlangsung di kedah..
akhi hafiz hamid @ bai + ukhti soddiqa
dan
akhi ahmad hamzah + ukhti 'abidah
didoakan semoga selamat semuanya dan bahagia di dunia dan di akhirat serta sentiasa berada di bawah payungan rahmatNya..insyaAllah
ok!lepas ni sape pulak ye?dua bait muslim bakal terbina..yang lain-lain bila lagi nak melangkah ke fasa dua??tak kan selamanya nak berada kat tahap fasa pertama je..kan??kan??ada sape2 sokong??kita masih ada 6 anak tangga lagi..jom kita sama-sama mengorak lagkah..!!
majlis.. ~

kaum lelaki memasak dibahagian luar rumah..mengacau bubur asyura..yang kaum perempuan plak memasak di dapur..buat lauk pauk.ana?tolong sikit2 tp yang banyaknya memasak depan lap top..angkut lap top letak kt dapur..mantap tak??ape boleh buat..ada kerja yg perlu dibereskan.sponsor..susah nya nak cariiiii..chaiyok2!!berusaha!!sabarlah duhai hati..berusahalah..sesungguhnya Allah bersama orang-orang yang sabar..
after asar..semua sanak saudara akan datang ke rumah ni..ada buat majlis sikit..tak sabar nak jumpa diorang..rindu bangat sama diorang semua..
buat sahabat2 seperjuangan ana..especially adik beradik usrah ana yang comel2 semuanya..lebih2 lagi yang asal KL..gambar kat atas tu..tu lah rupa bubur asyura klate..best tak?? ;) jumpa antunna semua nanti selasa ni ye..rindu kat antunna dan naqibah kita yang tersayang..mak cik ton yang ke kuwait..
p/s:kak sue..maaf tak dapat penuhi jemputan ke majlis kesyukuran..jumpa nanti next majlis ye.. :-) terubat rindu jumpa masa MIN..
Wednesday, February 6, 2008
Perkongsian Liqa' V
qudwah hasanah..jd lah sprti mrk berdua..buat kali ke-3 ana tidak dapat membuat perkongsian liqa' utk diletakkan di k-uia net dan di blog ana.alasan??personal..yg paling utama..kurang fokus..sebab??biarlah rahsia.. ;) by the way..syukran jazilan kathira buat "adik" ana merangkap anak usrah ana dan timbalan setiausaha k-uia/k-dg..ukhti alyaa kerana menerima t/jawab yang ana berikan..maaf sebab menyerahkan tugasan last minute..harap memahami..jazakillah..insyaAllah next week punye liqa' ana pulak yang akan buat perkongsian..jika tiada apa2 yang menghalang..
kat bawah ni ada sedikit perkongsian liqa' yang kali kelima diadakan daripada ukhti alyaa..harap yang tak dapat baca kat k-uia punyer yahoogroups,dapat ambil sedikit manfaat daripada perkongsian di sini..
InsyaAllah ini kali kedua saya diberi peluang untuk menulis laporan..
Alhamdulillah liqa’ kali ini berjalan agar lancar..
Dilihat makin bertambah peserta
Moga liqa’ akan datang lebih ramai yang hadir dan dapat memberi impak yang hebat pada setiap individu.
Majlis bermula lebih kurang jam 6.20 petang di mana akh bai menjadi pengerusi dan pasangan akh ammar dan ukht anfaal sebagai tetamu jemputan. Majlis dimulakan dengan pengenalan diri oleh akh ammar dan disusuli oleh isterinya ukht anfaal.
Sedikit mengenai akh ammar, nama penuh beliau Ammar Mohd Zaid, berasal dari Kuala Lumpur, kegemaran bermain ping pong, anak pertama dari 6 orang adik beradik, bersekolah di Sekolah Al-Amin sejak dari darjah 1 hinggalah tingkatan 5, menduduki SPM pada tahun 1996, kemudian menyambung pelajaran di UM dalam bidang asasi sains fizikal, seterusnya menjurus bidang software engineering. Berkahwin setelah 2 minggu tamat pembelajaran. Sekarang alhamdulillah dikurniakan 3 orang cahaya mata dan bekerja sendiri.
Sedikit salasilah diri ukht anfaal, nama penuh beliau Anfaal Saari, dilahirkan di UK, juga bersekolah di Sekolah Al-Amin, merupakan 1st batch, menduduki SPM pada tahun 1995, kemudian menyambung pelajaran di kolej swasta dalam bidang business administration, seterusnya di Standford College juga dalam bidang yang sama. Lebih gemar bekerja sendiri dan membuat keputusan untuk membantu ayah dalam gerakan reformasi.
Mereka lebih mudah bercerita dan berkongsi bila ada yang mengutarakan soalan..
Bagaimana bermulanya jalan dakwah ketika itu padahal Karisma masih belum terbentuk?
“pada masa itu, kami baru tamat SPM dan menjadi alumni, dari situlah kami bina ikatan antara kami. Kerja yang paling mudah kami lakukan ketika itu lebih kepada memberi bantuan pada sekolah, mengadakan program, kuliah, qiam dan sebagainya. Ketika itu juga kami ada mengikuti kursus dakwah pertama di UPM, dan dari saat itulah kami dapat berkenalan dengan alumni yang lain. Antaranya alumni dari Sekolah Hira’. Sejak itu, kami mendapat idea Karisma iaitu pada tahun 1999. awalnya diberi nama Jawatankuasa Penaja Karisma. Akh ammar sebagai setiausaha agung dan ukht anfaal sebagai naib presiden.”
Bagaimana mendapat idea untuk membuka business sendiri?
“kami mendapat idea sebelum kahwin lagi, beberapa bulan sebelum berkahwin kami ada lawatan di Indonesia, lebih kepada melawat saudara sana menjalankan aktiviti dakwah mereka. Pada masa itu adalah fasa reformasi Indonesia, dimana kejatuhan Suharto dan pelajar berhak bersuara. Disana kami berpeluang melawat universitas dan yang paling menarik melihat pelbagai busana islam contohnya kalau tidak silap, Umi Collection. Barulah terbuka minda kami bahawa ini juga adalah salah satu jalan dalam medan dakwah, mungkin nampak kecil tapi insyaAllah kesannya besar.. menurut ukht anfaal, balik ke Malaysia, masih lagi menolong keluarga dalam menerbit buku, pada pertengahan 2004, baru kami terfikir yang kami perlu lebih berdikari dan itulah yang membuat kami tekad, wujudlah Brotherhood Art. Tambah akh ammar, satu ayat kami pegang kuat, dari surah At-Talaq bermaksud “bila kamu yakin akan jalan keluar, akan ada jalan penyelesaian”.
Bagaimana dapat mengumpul kekuatan hingga sekarang masih lagi berjihad dalam medan dakwah?
“pertama, perlu ada penerusan tarbiyah secara tarbiyah jamai’e ataupun tarbiyah dzatiyyah. Keduanya perlu ada fahaman yang jelas tentang dakwah. Ketiga, berpegang kuat dengan ayat 105 dari surah At-Taubah yang bermaksud “beramallah kamu, nescaya Allah akan melihat..”. keempat, berpegang pada salah satu hadith yang bermaksud “sebaik kamu belajar al-quran, ajarlah kamu..”. keempat2 perkara inilah yang memberi saya kekuatan insyaAllah selain dari berusaha dan tawakal padaNya..”
Bagaimana ingin menjawab pandangan saudara yang di luar sana apabila mereka menanyakan selalunya kelompok kita akan berkahwin dengan kelompok yang sama?
“permudahkan cerita, “dah jodoh..”. tapi di sini ada nasihat dari Pak Hassan, ada 3 kriteria; pertamanya mestilah sama akidah, sama fikrah dan sama harakahnya iaitu sama gerakan dakwahnya.. satu contoh yang mudah, kalau sahabat kita berkahwin dari saudari di luar sana yang mungkin tidak faham apa itu usrah, apa itu dakwah. Kerap, malam kita adakan program, maka sahabat kita ini akan keluar kerap pada waktu malam, balik pula jauh tengah malam, seminggu dua minggu boleh lagi tahan jawab tiada apa-apa, 3 bulan, 4 bulan? Tidak mungkinkah si isteri itu syak wasangka dan sebagainya?..” Wallahua’lam.
Soalan seterusnya, diakui semua yang mengikut tarbiyah di sekolah tidak kesemuanya akan bergerak bersama kita. Mungkin apa langkah yang perlu diambil untuk menawan lagi hati mereka ini?
Menurut ukht anfaal, “setakat ini belum ada pengalaman yang besar, cuma hanya segelintir pada awalnya mereka tidak berminat dalam jalan ini, tapi bila disoalkan tentang jodoh barulah bertanyakan tiada siapa2 yang baik ke.. atau sebagainya. Jadi, kita yang faham ini insyaAllah, paling sedikit pun, keep in touch dengan mereka atau pun pada mereka yang sudah berkeluarga, lebih banyak menyentuh pada hal kekeluargaan kerana pada dasarnya, walaupun diri mereka kurang baik atua sebagainya, lumrah manusia, mereka inginkan anak-anak mereka menjadi lebih baik..”
InsyaAllah, soalan terakhir sebelum majlis ditutup, seperti yang dilihat di UIA, ramai yang merebut untuk berusrah, bila diajak usrah senang je terus join tapi bila diperhatikan qualitynya kurang, sebenarnya apa punca sebenar dan bagaimana ingin memperbaikinya?
“bagi saya, mungkin berpunca dari kurangnya murabbi dan quality murabbi itu sendiri. Jadi bagaimana ingin melahirkan individu yang hebat sedangkan murabbi yang menjadi contoh kurang hebatnya? Mungkin jalan penyelesaiannya, perlukan adakan lebih banyak perbincangan antara murabbi-murabbi itu sendiri, cari initiatif sendiri dan mungkin lebih tumpu pada kaedah sulbah iaitu, dalam usrah mungkin ada seramai 5 orang, kita mungkin tidak dapat tumpu pada kelima-lima individu itu, kita lebih tumpu pada 2 orang dan dari 2 orang itulah akan mencari rangkaian lain dibawahnya..” Wallahua’lam..
Masa sudah semakin suntuk, azan maghrib insyaAllah akan kedengaran sebentar lagi,
Majlis disudahi dengan bacaan tasbih kifarah dan surah Al-‘As.
Nur Alyaa Mohd Aidee
Timb Setiausaha k-UIA
p/s:ada foto pasangan yang comel @ sweet..kak anfal dan abang amar..akan diletakkan kemudian..
Monday, February 4, 2008
mar-ah & zaujah solehah..~~

Penyejuk mata
Penawar hati
Penajam fikiran
Dirumah dia isteri
Dijalanan kawan
Diwaktu kita buntu
Dia penunjuk jalan
Pandangan kita diperteguhkan
Manjadi kan kita tetap pendirian
Ilmu yang diberi dapat disimpan
Tika lupa dia mengingatkan
Nasihat kita dijadikan pakaian
Silap kita dia betulkan
Menghibur diwaktu kesunyian
Terasa rahmat bila bersamanya
Dia umpama tongkat si buta
Bila tiada satu kehilangan
Dia ibarat simpanan ilmu
Semoga kekal untuk diwariskan
penat+++puas..!!!
penat??
@
puas??
bagi ana dua2..penat dan puas hati (menjawab kpd persoalan di blog sofy)..
penat sahaja yang kita dapat kalau buat kerja kerana manusia dan tak ikhlas..tp dua2 kita akan dapat sebab dengan hati tulus kita buat program ni..even ada kekurangan sekalipun..if kita buat kerana Allah..insyaAllah..semuanya kita akan puas hati..sebab mana ada yang sempurna dalam hidup ni kan..yang penting kita cuba dan berusaha untuk buat yang terbaik..dan serahkan segala-galanya pada Allah..DIA lah penetu segala-galanya..
muhasabah dah pun buat..banyak kelemahan kekurangan yang perlu ditampung.bukan untuk menyalahkan sesiapa..tetapi sebagai peringatan agar nanti program yang seterusnya kita tak buat lagi.bila dah bekerja..baru kita kenal seseorang dan barulah kita memahami seseorang.kena belajar dari kesilapan..itu yang penting!!belajar memahami dan menghargai orang lain itulah yang diharapkan..
buat team MOD..syukran jazilan kathira kerana bertungkus lumus bekerja untuk merealisasikan MIN '08 kali ini.maafkan atas segala kesilapan.sama2 lah kita memperbaiki kelemahan yang ada..jom kita terus bekerja!!untuk Islam dan Ummah..jangan pernah serik ye.. ;-) jadikan Allah sebagai tempat pergantungan..ok??
Perkongsian Liqa' IV
By:Akh Nuh (Setiausaha 1 Majlis Syura K-Uia)
Assalamualaikum...
Sudah masuk liqo’ yang ke-4 untuk semester ni. Kali nipenganjur menjemput tokoh dakwah non-muslim yang tidakasing lagi, iaitu pak cik Muhammad Nicholas Sylvisteruntuk berkongsi 1001 pengalaman beliau. Bermula daripengalaman beliau ketika program BTN sehingga memeluk Islam di USA.
Walaupun projector tidak mampu berfungsi, liqo’ padapetang itu dapat berjalan lancar. Rasa rugi juga sebab tak dapat nak tengok gambar-gambar program. Tapi takapa, mungkin lain kali penganjur boleh jemput pak cikNicholas lagi.
Ada beberapa perkara yang ditekankan oleh pak cik yangsangat-sangat berguna dan memberi semangat kepadaaudien-audien yang berjiwa muda. Mereka di US sangguptravel 2 minggu semata-mata untuk berprogram selama 2hari!!!. Terasa malu dan tercabar pula teringattentang kemudahan-kemudahan untuk berprogram diMalaysia. Tak apa, Insyaallah lepas ini kita pulunsemua program yang ada….
“Usrah merupakan cara terbaik untuk membentuk peribadimuslim”, ujar pak cik Nicholas. Di sana merekaberpeluang untuk memantapkan pemikiran kemahiranberkomunikasi dengan mengambil bahagian dalam usrah.Dalam usrah, mereka belajar untuk bertukar-tukarpendapat dan melahirkan pendapat sendiri. Nak tak nak,kene bercakap kat depan juga.
Hasil dari itu, pak cikNicholas mampu memberi khutbah Jumaat dalam masa 2 ½tahun selepas memeluk Islam.Hasil daripada banyak ilmu yang ditimba dan pengalamanyang diraih, banyak tanggumgjawab yang perlu kitapikul. Disamping itu,daurah juga memainkan perananpenting dalam membentuk fikrah seseorang. bukansekadar daurah yang berbentuk tarbiyah sahaja, tetapidaurah ekonomi dan politik juga mampu dianjurkan danini mampu menguatkan foundation sesiapa yang mengikutdaurah tersebut. Semua daurah ini bukan dibuat atasangin sahaja, tapi dibuat atas syura setempat yangmengambil kira pelbagai aspek dan menyeluruhberdasarkan keadaan dan keperluan semasa tempattersebut.Audien juga diingatkan dengan kepentingan berjemaahdan dengan berjemaahlah datangnya keberkatan.
Audien juga diingatkan tentang cabaran selepas belajar keranamasa itulah kita disibukkan dengan keluarga dan kerja.Oleh itu, zaman belajarlah masa untuk kita gunakanmasa-masa yang ada dengan menguatkan asas-asas agamadan fikrah.
Dalam melakukan usaha-usaha dakwah, bukan jumlah yangdirisaukan, tetapi sejauh mana usaha dan keikhlasanpada Allah. Ramai yang usaha-usahanya hanya di pandangsebagai debu-debu yang beterbangan kerana tidak ikhlaskepada Allah. Disamping itu jangan kita sekali-kaliberfikir bahawa jemaah memerlukan kita, sebaliknyakita memerlukan jemaah kerana dengan tidak berjemaah,siapalah kita dan mampukah kita mengharungiujian-ujian yang kita hadapi ketika berdakwah.Pada sesi soal jawab pak cik Nicholas berkongsitentang macam mana untuk menarik golongan non-muslimpada Islam, diantaranya:
Gadis-gadis Islam yang menawan atau pemuda-pemuda yangkacak. Faktor ini lebih membawa kepada perkahwinan.Contoh-contoh baik dikalangan orang Islam. Faktor ini menimbulkan tandatanya kepada mereka tentangsebab-sebab kenapa mereka sangat baik.Golongan-golangan tertentu yang memang mendekatigolongan non-muslim dengan tujuan dakwah.Pak cik Nicholas juga ditanya tentang sebab-sebab perbezaan pegangan Islam antara golongan Islam di luar negara dan di dalam negara.
Antara sebab-sebabnya ialah:
Pentarbiahan yang diikut dalam usrahSuasana. Di mana di luar negara, Islam ditekan danhasil dari pada itulah lahirnya individu-individu yangkuat dalam mempertahankan agama.Murabbi.sejauh mana kita bertindak sebagai pengislahmasyarakat, bukan sekadar mengislah diri kita sendiri.
Diakhir liqo’ pak cik Nicholas menganggap kesyumulan Islam itu sendiri yang telah menarik beliau untukterus menghayati Islam kerana keindahan ini tak dapatdi jumpai di mana-mana agama kecuali Islam. Akhirnyaliqo’melabuhkan tirainya pada 7.13 malam dengankehadiran sekitar 30 orang. Insyaallah liqo’Berkarisma 5 akan menyusul pasa minggu depan. kat sape2 ingin menambah atau memperbetulkan. ....tafaddhal. ...Allahumma barik 'alaik.... Sekian, wassalam….
Dipetik dari k-uia@yahoogroups.com
Sunday, February 3, 2008
**thanks to you my loves**

itulah yang mampu diucapkan khas buat yang tersayang..
kerana memahami..
bukan senang untuk bekerja jika kesibukan diri dipertikaikan..
bukan senang untuk menyibukkan diri jika tiada yang memahami..
lafaz syukur dipanjatkan..w/pun kami tidak bergerak seiring seperti org lain..tapi alhamdulillah..tiada apa yang menghalang..
kesibukan ku demi Islam..
kesibukan ku untuk Ummah..
tp tidak pernah diri ini mengabaikan t/jawab yg lain..
terima kasih kerana menyokong dan tidak pernah menghalang..
itu lah yang mampu menguatkan lagi perjuangan ini..
terima kasih atas kepercayaan yang diberikan..
akan digunakan sepenuh kepercayaan itu pada jalan yang diredhai..
mak..ayah..doakan kejayaan anakandamu ini di dunia dan di akhirat..
doakan juga kebahagiaanku..
ya Allah..ampunkanlah dosa kami..tempatkanlah kami dikalangan orang yang soleh dan solehah..
pengorbanan kalian tidak dapat ku membalasnya..
hanya mapu ku mendoakan..dirimu ditempatkan di syurga..
maafkan kak ngah atas segalanya..
love you all..abi wa ummi.. :)


