Wednesday, January 30, 2008

PERKASA UM..~

bipp…bipp..

1 message received..

Salam ukhti..boleh tak tolong carikan fasi akhawat untuk PERKASA UM hari jumaat ni.at least 5 orang diperlukan..

Termenung....nak pergi atau tidak..jadual dibuka..alhamdulillah hari tersebut free..5orang akhawat berjaya di cari..syukur sangat..

PERKASA UM..bermula di PPUM pada malam jumaat..setibanya kami,fasi akhawat selewat jam 12 malam.usah ditanya kenapa..kerana jadual kami begitu penuh pada hari tersebut.pergi mahkamah+kelas..menjengah ke nilai jumpa adik2 dan hanya bertolak ke PPUM pada jam 11 malam.alhamdulillah..Allah beri kekuatan untuk meneruskan kerja-kerja untuk Islam ni..

Memang rasa teruja apabila diminta untuk menjadi fasi..membuatkan fikiran melayang dan teringat kepada pengalaman semasa PERKASA di Johor tahun lepas.Pengalaman yang cukup bermakna..

PERKASA merupakan satu program yang bertujuan untuk memperkasakan ikhwah dan akhawat dar segi mental dan fizikal.Ini penting sebagai seorang da’ie supaya kita semua tidak mudah kalah dengan ujian dan kental menghadapi rintangan dan cabaran.Pendek kata..tak lembik..dan tak manja..sebab da’wah tak perlukan orang yang lembik dan manja!!

Task pertama untuk para peserta pada pagi Sabtu adalah kembara menuju ke destinasi seterusnya iaitu Bukit Cerakah atau nama barunya Taman Pertanian di seksyen 8,Shah Alam.Hanya berbekal RM 3 setiap seorang..kembara mereka bermula.Di dalam perjalanan mereka dikehendaki melakukan ‘amal ma'ruf nahi mungkar.Semasa sesi pembentangan pada sebelah malam..pelbagai cerita menarik dari pengalaman-pengalaman peserta semasa dalam perjalanan menuju ke Bukit Cerakah.Sebenarnya..ikhwah dan akhawat kita mampu..dan berkebolehan..syabas buat semua!!!

Setibanya di Taman Pertanian,peserta meneruskan aktiviti explorace dan fear factor.Memang menarik dan mencabar.Terpaksa melalu pelbagai halangan termasuklah aktiviti makan makanan yang dicampur dengan tempoyak,sardin,teh pekat,telur mentah dan sebagainya.Yang menariknya..mereka dapat habiskan kesemua makanan.Mungkin jugak disebabkan terlalu lapar..ikhwah akhawat memang mantap!!teruskan kemantapan kalian semua.Selain aktiviti tersebut,ada satu aktiviti yang ana rasa agak mencabar.Mencari batu didalam sebuah tin yang mengandungi cacing dan cengkerik.Bermacam-macam ragam mereka .Memang kelakar dan menyeronokkan apabila melihat telatah peserta.Syabas ana ucapkan kerana mampu menamatkan kesemua check point.Omedetoo Gozaimasu!!!

Next activity sepatutnya war games..tp,sayang sekali dibatalkan disebabkan keadaan ikhwah dan akhawat yang teramat letih dan ramai diantara mereka yang kesakitan kaki.Kalau diikutkan memang rugi..sebab melalui war games kita dapat lihat kebijaksanaan ikhwah akhawat mengatur strategi.Stategi yang mantap penting terutama sekali dalm da’wah..kena berhikmah..w/apa pun..kita hanya mampu merancang..dan yang menetukan semua adalah Allah jua..kita tidak dapat lari dari semua tu..

PERKASA UM menyaksikan penyertaan yang agak ramai..hampir 80 orang kesemuanya..alhamdulillah..masih ada yang sudi mengorbankan hari cuti mereka dengan melibatkan diri dengan aktiviti seperti ini..moga pengorbanan kita untuk Islam ini ada nilainya di akhirat kelak..insyaAllah..sama-sama berjuang menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini..jannah cita-cita kami..~~

No comments: