Friday, January 25, 2008

..:::4P:::..

Menyubur Tarbiyyah Dzatiyah..Membumi Dakwah Fardiyyah..
4P stands for Program Pendakwah Praktikal dan Progresif..diadakan khusus buat para nuqaba’ dan penggerak.Program ini lebih menekankan kepada tarbiyyah dzatiyah dan dakwah fardiyyah.Speaker yang dijemput untuk menghuraikan topic ini ialah Abang Amar.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Tarbiyyah Dzatiyyah??Bila bercakap tentang tarbiyyah..semua org tahu apakah itu tarbiyyah..tetapi tidak semua yang tahu apakah Tarbiyyah Dzatiyah.Pada asasnya..tarbiyyah terbahagi kepada 2 iaitu Tarbiyyah Jama’iyyah dan Tarbiyyah Dzatiyyah.
Tarbiyah Dzatiyyah..tarbiyyah diri sendiri.Itu definisinya dari segi bahasa.Definisi dari segi fiqh da’wah adalah:
"Sejumlah metod tarbiyyah yang diberikan seseorang muslim atau muslimah kepada dirinya sendiri untuk membentuk keperibadian muslim yang sempurna"

Apa pula bezanya dengan Tarbiyyah Jama’iyyah?
Tarbiyyah Jama’iyyah..
i)bersifat kolektif dan berkumpulan
ii) bersifat umum (cth:ta’lim) dan khusus (cth:halaqah)
iii) mempunyai seorang atau beberapa orang untuk menjadi rujukan tarbiyyah
iv)mempunyai ikatan tertentu
v)perlukan pada waktu tertentu
vi)perlukan pada tempat tertentu
Perbezaan antara dua jenis tarbiyyah boleh dilihat dengan jelas.Mungkin ada yang tertanya-tanya,kenapa perlunya kepada Tarbiyyah Dzatiyyah?Tidak cukupkah dengan Tarbiyyah Jama’iyyah..seperti usrah..ta’lim...daurah dan sebagainya..?
Tarbiyyah Dzatiyyah ada kepentingannya..alasan??sebab masa kita dengan diri sendiri lebih banyak dengan masa kita dengan orang lain atau dengan perkara lain.Masa untuk halaqah,ta’lim,daurah..bukan ke hanya beberapa jam seminggu dan sedar tak kita yang masa selebihnya adalah dengan diri sendiri.
Ok.Jom kita tengok sebab musabab mengapa Tarbiyyah Dzatiyyah ni penting.
  1. Menjaga diri mesti didahulukan daripada menjaga orang
    Kat sini bukan bermaksud kita perlu terlalu pentingkan diri sendiri sehinggakan tidak mempedulikan org lain...bukan begitu..tetapi sebetulnya,kita kena cermin diri kita dulu,perbetulkan diri kita dulu sebelum kita perbetulkan orang lain.
    At-Tahrim : 6
  2. Jika kita yang tak jaga diri kita,siapa lagi yang nak jaga diri kita?
    Logik tak?memang betul..orang lain tak kan jg kita..tak kan ambil tahu pun pasal kita kalau bukan diri kita sendiri.Kalau ada pun yang tolong jaga..cuma penjagaan luaran..bukan dalaman.Kita perlu sempurna luaran dan dalaman.
    Al-Qiyamah : 14

  3. Hisab diakhirat kelak bersifat individu
    Pada hari perhitungan nanti,kita bukan dihisab secara berjama’ah tetapi bergantung pada amal soleh setiap individu.Tiada siapa yang boleh tolong diri kita kat akhirat kelak kalau kita sendiri tak tolong diri kita masa kat dunia ni.
    Al-Insyirah : 6-12

  4. Lebih mampu merubah diri
    Tarbiyyah Dzatiyyah lebih mampu membuat kita merubah diri sendiri.Dalam hidup kita ni,mesti ada satu ketika,sesuatu yang membuatkan kita berubah.Tiada siapa yang boleh ubah diri kita dan Allah sendiri tak kan ubah nasib sesuatu kaum tu kalau bukan kita sendiri yang tak cuba untuk berubah
    Ar-Ra’d : 11

  5. Tarbiyyah Dzatiyyah adalah cara untuk kita tsabat dan istiqamah dalam da’wah
    Mungkin ada yang tidak tahu yang tsabat dan istiqamah adalah dua benda yang berbeza.Istiqamah lebih bersifat umum dan tsabat ni biasanya lebih kepada da’wah.Bila kita sebut je perkataan tsabat,ia mesti berkaitan dengan da’wah.Tarbiyyah Dzatiyyah ni ana andaikan seperti charger hp.Macam jugak bateri hp,kadang2 kita akan rasa down,penat sebab terlalu banyak sangat kerja..dan masa itulah Tarbiyyah Dzatiyyah ni main peranan sebagai alat pengecas yang boleh cas balik diri kita agar kita ni terus istiqamah serta tsabat dan tidak mudah rebah.
  6. Metod da’wah yang paling efektif
    Kita perlu menjadi da’ie yang menunjukkan qudwah hasanah kepada mad’u.Jadi,Tarbiyyah Dzatiyyah adalah merupakan metod da’wah yang paling efektif untuk kita membentuk diri kita menjadi contoh yang terbaik.Kita jangan hanya pandai bercakap,tp buatnya tidak.Bercakap saja2 tanpa mengaplikasikan tiada gunanya.Moga diri ana dan sahabat-sahabat jauh dari perkara tersebut.

  7. Cara sebenar memperbaiki kualiti umat Islam kini.
    Seperti yang kita tahu,Rasulullah sendiri membina kekuatan dan menjadi qudwah hasanah bermula dengan Tarbiyyah Dzatiyyah.Qiamullail dan membaca Al-Quran tidak pernah Rasulullah tinggalkan.Melalui amalan2 tersebut lah kita dapat membina kekuatan dalam diri kita.Jadi,jadikan lah qiamullail dan al-quran sebagai amalan harian kita.InsyaAllah..setiap urusan akan Allah permudahkan.

  8. Kerana Tarbiyyah Dzatiyyah paling best!
    Kenapa paling best??memang best sangat..tiada benda lain yang lebih best dari Tarbiyyah Dzatiah.Nak tahu kenapa?Tarbiyyah Dzatiyyah ni memang terlalu mudah ,berbagai metod dan cara kita boleh guna.Macam jugak renang,ada gaya bebas..Tarbiyyah Dzatiyyah pun ada gaya bebas,sebab nya..tiada masa,tempat atau uniform tertentu yang diperlukan.

Banyakkan kepentingan Tarbiyyah Dzatiyyah.Jadi apa tunggu lagi..perlu mulakan dari sekarang.Tarbiyyah Dzatiyah bukan sahaja perlu kepada penggerak dan nuqoba’,tp perlu untuk semua orang yang berada dalam tarbiyyah..untuk memantapkan diri!!!

Kita beralih pulak skop da’wah.Sebenarnya semua orang tahu apa itu da’wah.Objek da’wah?manusia...tujuan da’wah?kembali kpd Allah....Allahu Ghayutana..Metod?......................tunjukkan contoh teladan yang baik dan berbantah dengan cara yang baik..Objektif?terlalu banyak...yang utama adalah untuk ingkari thoghut dan beriman kepada Allah serta bebas dari kegelapan jahiliyyah kepada cahaya Islam.

Apa pulak langkah-langkah da’wah/khutuuat da’wah/produk tarbiyyah?da’wah ada langkah-langkah nya,cuma kita sahaja yang terlepas pandang dan kesannya mad’u tidak bertahan lama..mcm biskut chipsmore..sekejap ada..sekejap hilang.Inilah masaalah yang utama.Langkah-langkah ni penting..mcm jugak nak buat kek.Nak buat kek pun ada langkah-langkahnya yang perlu diikut satu persatu.Bukan boleh main campak je bahan2.Kena ikut teratur.Seperti jugak da’wah,kita tidak boleh hentam keromo sahaja.Perlu diatur dengan bijak..agar semuanya dalam genggaman..dan tidak terlepas begitu sahaja.

Khutuaat Al-Da’wah :

  1. Ittisol Bilfardi (membina hubungan)
    Langkah pertama dalam da’wah adalah membina hubungan.Ikatan hati itu penting.Perlu menanamkan kepercayaan dalam diri mad’u terhadap kita.Tanpa hubungan dan ikatan hati yang mantap,natijahnya akan merugikan kita kelas.Untuk membina hubungan ni,kita lebih perlu kepada Da’wah Fardiyyah.Da’wah Fardiyyah bukan hanya perlu kepada mad’u2 baru,tetapi ia jugak penting untuk anak-anak usrah supaya rabitoh hati lebih kuat.Nak membina hubungan ni,perlu pandai..belanja makan ke..ajak pi rehlah sama-sama ke..ajak pi program..dan sebagainya.Gunalah apa cara sekalipun.

  2. Ikhtiyar Al-Afrad (memilih)
    setelah kita membina hubungan dengan ramai mad’u walau dengan apa cara sekalipun,langkah seterusnya kita perlu memilih mad’u yang boleh ke depan dan yang boleh kita serapkan dalam tarbiyyah dan sebagainya.Ada dua golongan atau ciri-ciri yang penting yang perlu diambil kira..pertamanya..memilih orang yang ada pengaruh dan yang keduanya memilih orang yang nak berubah.Biasanya,orang yang nak berubah tu lebih senangkan untuk kita tarbiyyah,sebab dia ada keinginan untuk berubah cuma tidak tahu jalan mana dan bagaimana untuk berubah.Tp kalau untuk orang yang ada pengaruh ni,ada baik nya jugak.Sebabnya,bila dia ada pengaruh,bila dah dapat pegang dia,senang lah untuk menarik konco2 dia yang lain..betul tak?

  3. Tarbiyyat Al-Afrad (tarbiyyah)
    Tarbiyyah ni ada empat cabang:
    -Iman
    -Ilmu
    -Maharat (kemahiran)
    -Takhussus (pengkhususan)

  4. Taujih Al-Afrad (memberi pengarahan)
    Apabila tarbiyyah sudah mantap,bermakna kita boleh beralih ke tahap memberi pengarahan.Memberi pengarahan ni maksudnya,kita dah dapat beri apa-apa t/jawab kepada dia seperti bawa usrah,terlibat dalam itu ini dan sebagainya.

  5. Tanzimul Afrad (memposisikan)
    Memposisikan adalah dengan menyerapkan dia ke dalam tanzim untuk bekerja dengan lebih kuat dan memperhebatkan lagi da’wah.
    Nampak cantikkan langkah-langkah da’wah.Nampak tersusun dengan rapi.Boleh tak kalau skip?Kalau langkah-langkah nak buat kek tu kita skip,apa akan jadi dengan kek..adakah hasilnya berupa kek yang sempurna,cantik dan sedap?mustahil kan.Begitu jugak dengan langkah-langkah da’wah.Seandainya dari langkah yang pertama,terus lompat ke langkah yang kelima,alamatnya tak lamalah mad’u tu bertahan.Mungkin ada sesetengah boleh dan mampu bertahan,tetapi hanya segelintir,yang selebihnya belum tentu mampu memikulnya.Jadi perlulah beransur-ansur..agar mad’u kita sentiasa dekat di hati..insyaAllah..

antum/antunna tahu tak gambar ape kat atas tu?yang hadir mesti tahu...
Itu adalah kontrak..tp,bukan itu yg utama..yg penting ada hati untuk bekerja..tiada guna kalau ianya hanya di atas kertas..


ikhwah akhwat..adakah antum/antunna sudah bersedia untuk bekerja??atau masih bermain-main??tepuk dada..tanya iman..


**jika ada kekurangan dan silap dimana-mana..perbetulkan ye..ana mengharapkan teguran dari sahabat-sahabat seperjuangan..

wallahua'lam..

No comments: