
Bismillahirrahmanirrahim..
kompleks mahkamah kat jln duta menjadi tempat persinggahan ana pd hari jumaat lepas.tugas ni diberikan oleh lecturer ana.actually ni kali kedua ana pergi.dah pergi sebelum ni.
apa yg ada kat kompleks mahkamah tu sbnrnya..hurm..ana ada gambar komplek mahkamah.tp masih kt dalam camera.tak transfer lagi.gambar bahagian luar jer bleh amek.masuk mahkamah mana boleh bw kamera.
ana pergi sana untuk dengan perbicaraan dan kena buat report.bukan senang kerja ni.nak kena dengar baik..dan tulis cepat2..lg pun bukan sorang dua yang bercakap dalam tu.peguam ada 3-4 org..pesalah lagi..hakim lagi..public prosecutor lagi..ramai sangat2.nak bw recorder tak boleh.tidak dibenarkan sama sekali.
kat dalam bangunan tu punye lah banyak mahkamah.ana sempat masuk 4 mahkamah.semua mahkamah jenayah majistret.kalau ditanya best ker tak..jwpnnya memang best tp penat pun turut sama menyinggah.mahkamah pertama yang ana masuk..30 minit tunggu..last2 tak jadi.keluar dgn tangan kosong.memang kena banyak sabar lah.pastu masuk plak mahkamah lain.duduk 10 minit..dah habis..geram pun ada..tp kena lah sabar.ni baru student.belum kerja lagi kan.then masuk plak mahkamah lain.dapat la sikit2..walaupun tak lengkap.hari isnin nak kena pi lagi sebab yang pergi hari tu,dapat dengar sebutan kes jer..hearing tak de hari tu.kecewa jugak..tp tak pe..demi ilmu..kena berkorban apa sahaja.
bukan semua tu ana nak ceritakan kat sini.bila pergi sana..banyak benda yang dapat di pelajari dari pemerhatian ana.dalam satu mahkamah..punye lah bayak kes.macam2 kes ada.kes dadah..rompak..ttp yang paling banyak nya kes dadah.org melayu pun ramai yang terlibat.ana terfikir..apa yang sebanrnya diorang cari dalam hidup diorang sebenarnya.kalau enjoy yang diorang cari..mcm tak ada cara yang baik untuk diorang enjoy.ana terkejut bila ana lihat dengan mata kepala ana sendiri,remaja perempuan terlibat dengan dadah.bila ditanya,mengaku pulak bersalah.diorang semua ni tahu apa yang diorang buat tu salah.tp tetap jugak nak buat.bila dah mengaku bersalah,minta dikurangkan hukuman dan berjanji tak buat lagi.kalau setakat janji,semua orang boleh janji.yang hairannya mereka tahu bahaya,tp masih buat jugak.ana beristighfar bila tgk punye lah ramai yang terlibat dengan dadah.penagih dadah ni mcm mayat hidup lah.sedih pun ada bila tgk org melayu sendiri yang terlibat dengan semua ni.
ana kat kompleks mahkamah sehinggalah solat jumaat.punye lah ramai manusia naik turun mahkamah.kes rogol..bunuh..kalau ada peluang ana nak dengar perbicaraan kes2 tersebut.ana ada tgk pada jadual-jadual perbicaraan,memang terlalu banyak kes.itu baru kes jenayah.jelas lagi terang yang negara kita ni tak selamat.kat mana-mana ada kes rogol dan bunuh.kalau kat dada2 akhbar dulu,kes bunuh dan rogol ni biasanya kat muka depan,tp bila kita tgk sekarang,berita-berita kes rogol dan bunuh ni dah bersepah-sepah dalam newspaper.orang pun dah tak heran,sebab memang dalam sehari tu,entah berapa banyak kes-kes tu berlaku.adakah semua orang sedar akan semua ni?atau hanya membutakan mata,memekakkan telinga..bila terlalu banyak perkara mcm ni berlaku,siapa yang nak kita nak salah kan?persoalan yang utama..apa pulak tugas kita??hanya memandang..mendengar..tanpa apa-apa tindakan?
bila terlalu banyak kes-kes jenayah yang melibatkan orang melayu yang beragama Islam..kita sebenarnya berada dalam kerisauan.ini menunjukkan yang kita perlu bekerja lebih kuat.kena ikat anak-anak muda dangan tarbiyyah..barulah diorang tak terlibat dengan gejala-gejala mcm ni.t/jawab kita berat..moga kita mampu menggalas t/jawab ni.insyaAllah..
wallahua'lam..


No comments:
Post a Comment