Wednesday, January 30, 2008

PERKASA UM..~

bipp…bipp..

1 message received..

Salam ukhti..boleh tak tolong carikan fasi akhawat untuk PERKASA UM hari jumaat ni.at least 5 orang diperlukan..

Termenung....nak pergi atau tidak..jadual dibuka..alhamdulillah hari tersebut free..5orang akhawat berjaya di cari..syukur sangat..

PERKASA UM..bermula di PPUM pada malam jumaat..setibanya kami,fasi akhawat selewat jam 12 malam.usah ditanya kenapa..kerana jadual kami begitu penuh pada hari tersebut.pergi mahkamah+kelas..menjengah ke nilai jumpa adik2 dan hanya bertolak ke PPUM pada jam 11 malam.alhamdulillah..Allah beri kekuatan untuk meneruskan kerja-kerja untuk Islam ni..

Memang rasa teruja apabila diminta untuk menjadi fasi..membuatkan fikiran melayang dan teringat kepada pengalaman semasa PERKASA di Johor tahun lepas.Pengalaman yang cukup bermakna..

PERKASA merupakan satu program yang bertujuan untuk memperkasakan ikhwah dan akhawat dar segi mental dan fizikal.Ini penting sebagai seorang da’ie supaya kita semua tidak mudah kalah dengan ujian dan kental menghadapi rintangan dan cabaran.Pendek kata..tak lembik..dan tak manja..sebab da’wah tak perlukan orang yang lembik dan manja!!

Task pertama untuk para peserta pada pagi Sabtu adalah kembara menuju ke destinasi seterusnya iaitu Bukit Cerakah atau nama barunya Taman Pertanian di seksyen 8,Shah Alam.Hanya berbekal RM 3 setiap seorang..kembara mereka bermula.Di dalam perjalanan mereka dikehendaki melakukan ‘amal ma'ruf nahi mungkar.Semasa sesi pembentangan pada sebelah malam..pelbagai cerita menarik dari pengalaman-pengalaman peserta semasa dalam perjalanan menuju ke Bukit Cerakah.Sebenarnya..ikhwah dan akhawat kita mampu..dan berkebolehan..syabas buat semua!!!

Setibanya di Taman Pertanian,peserta meneruskan aktiviti explorace dan fear factor.Memang menarik dan mencabar.Terpaksa melalu pelbagai halangan termasuklah aktiviti makan makanan yang dicampur dengan tempoyak,sardin,teh pekat,telur mentah dan sebagainya.Yang menariknya..mereka dapat habiskan kesemua makanan.Mungkin jugak disebabkan terlalu lapar..ikhwah akhawat memang mantap!!teruskan kemantapan kalian semua.Selain aktiviti tersebut,ada satu aktiviti yang ana rasa agak mencabar.Mencari batu didalam sebuah tin yang mengandungi cacing dan cengkerik.Bermacam-macam ragam mereka .Memang kelakar dan menyeronokkan apabila melihat telatah peserta.Syabas ana ucapkan kerana mampu menamatkan kesemua check point.Omedetoo Gozaimasu!!!

Next activity sepatutnya war games..tp,sayang sekali dibatalkan disebabkan keadaan ikhwah dan akhawat yang teramat letih dan ramai diantara mereka yang kesakitan kaki.Kalau diikutkan memang rugi..sebab melalui war games kita dapat lihat kebijaksanaan ikhwah akhawat mengatur strategi.Stategi yang mantap penting terutama sekali dalm da’wah..kena berhikmah..w/apa pun..kita hanya mampu merancang..dan yang menetukan semua adalah Allah jua..kita tidak dapat lari dari semua tu..

PERKASA UM menyaksikan penyertaan yang agak ramai..hampir 80 orang kesemuanya..alhamdulillah..masih ada yang sudi mengorbankan hari cuti mereka dengan melibatkan diri dengan aktiviti seperti ini..moga pengorbanan kita untuk Islam ini ada nilainya di akhirat kelak..insyaAllah..sama-sama berjuang menegakkan kalimah Allah di muka bumi ini..jannah cita-cita kami..~~

Sunday, January 27, 2008

...istana kehakiman...


Bismillahirrahmanirrahim..

kompleks mahkamah kat jln duta menjadi tempat persinggahan ana pd hari jumaat lepas.tugas ni diberikan oleh lecturer ana.actually ni kali kedua ana pergi.dah pergi sebelum ni.

apa yg ada kat kompleks mahkamah tu sbnrnya..hurm..ana ada gambar komplek mahkamah.tp masih kt dalam camera.tak transfer lagi.gambar bahagian luar jer bleh amek.masuk mahkamah mana boleh bw kamera.

ana pergi sana untuk dengan perbicaraan dan kena buat report.bukan senang kerja ni.nak kena dengar baik..dan tulis cepat2..lg pun bukan sorang dua yang bercakap dalam tu.peguam ada 3-4 org..pesalah lagi..hakim lagi..public prosecutor lagi..ramai sangat2.nak bw recorder tak boleh.tidak dibenarkan sama sekali.

kat dalam bangunan tu punye lah banyak mahkamah.ana sempat masuk 4 mahkamah.semua mahkamah jenayah majistret.kalau ditanya best ker tak..jwpnnya memang best tp penat pun turut sama menyinggah.mahkamah pertama yang ana masuk..30 minit tunggu..last2 tak jadi.keluar dgn tangan kosong.memang kena banyak sabar lah.pastu masuk plak mahkamah lain.duduk 10 minit..dah habis..geram pun ada..tp kena lah sabar.ni baru student.belum kerja lagi kan.then masuk plak mahkamah lain.dapat la sikit2..walaupun tak lengkap.hari isnin nak kena pi lagi sebab yang pergi hari tu,dapat dengar sebutan kes jer..hearing tak de hari tu.kecewa jugak..tp tak pe..demi ilmu..kena berkorban apa sahaja.

bukan semua tu ana nak ceritakan kat sini.bila pergi sana..banyak benda yang dapat di pelajari dari pemerhatian ana.dalam satu mahkamah..punye lah bayak kes.macam2 kes ada.kes dadah..rompak..ttp yang paling banyak nya kes dadah.org melayu pun ramai yang terlibat.ana terfikir..apa yang sebanrnya diorang cari dalam hidup diorang sebenarnya.kalau enjoy yang diorang cari..mcm tak ada cara yang baik untuk diorang enjoy.ana terkejut bila ana lihat dengan mata kepala ana sendiri,remaja perempuan terlibat dengan dadah.bila ditanya,mengaku pulak bersalah.diorang semua ni tahu apa yang diorang buat tu salah.tp tetap jugak nak buat.bila dah mengaku bersalah,minta dikurangkan hukuman dan berjanji tak buat lagi.kalau setakat janji,semua orang boleh janji.yang hairannya mereka tahu bahaya,tp masih buat jugak.ana beristighfar bila tgk punye lah ramai yang terlibat dengan dadah.penagih dadah ni mcm mayat hidup lah.sedih pun ada bila tgk org melayu sendiri yang terlibat dengan semua ni.

ana kat kompleks mahkamah sehinggalah solat jumaat.punye lah ramai manusia naik turun mahkamah.kes rogol..bunuh..kalau ada peluang ana nak dengar perbicaraan kes2 tersebut.ana ada tgk pada jadual-jadual perbicaraan,memang terlalu banyak kes.itu baru kes jenayah.jelas lagi terang yang negara kita ni tak selamat.kat mana-mana ada kes rogol dan bunuh.kalau kat dada2 akhbar dulu,kes bunuh dan rogol ni biasanya kat muka depan,tp bila kita tgk sekarang,berita-berita kes rogol dan bunuh ni dah bersepah-sepah dalam newspaper.orang pun dah tak heran,sebab memang dalam sehari tu,entah berapa banyak kes-kes tu berlaku.adakah semua orang sedar akan semua ni?atau hanya membutakan mata,memekakkan telinga..bila terlalu banyak perkara mcm ni berlaku,siapa yang nak kita nak salah kan?persoalan yang utama..apa pulak tugas kita??hanya memandang..mendengar..tanpa apa-apa tindakan?

bila terlalu banyak kes-kes jenayah yang melibatkan orang melayu yang beragama Islam..kita sebenarnya berada dalam kerisauan.ini menunjukkan yang kita perlu bekerja lebih kuat.kena ikat anak-anak muda dangan tarbiyyah..barulah diorang tak terlibat dengan gejala-gejala mcm ni.t/jawab kita berat..moga kita mampu menggalas t/jawab ni.insyaAllah..

wallahua'lam..

Friday, January 25, 2008

..:::4P:::..

Menyubur Tarbiyyah Dzatiyah..Membumi Dakwah Fardiyyah..
4P stands for Program Pendakwah Praktikal dan Progresif..diadakan khusus buat para nuqaba’ dan penggerak.Program ini lebih menekankan kepada tarbiyyah dzatiyah dan dakwah fardiyyah.Speaker yang dijemput untuk menghuraikan topic ini ialah Abang Amar.
Apakah sebenarnya yang dimaksudkan dengan Tarbiyyah Dzatiyyah??Bila bercakap tentang tarbiyyah..semua org tahu apakah itu tarbiyyah..tetapi tidak semua yang tahu apakah Tarbiyyah Dzatiyah.Pada asasnya..tarbiyyah terbahagi kepada 2 iaitu Tarbiyyah Jama’iyyah dan Tarbiyyah Dzatiyyah.
Tarbiyah Dzatiyyah..tarbiyyah diri sendiri.Itu definisinya dari segi bahasa.Definisi dari segi fiqh da’wah adalah:
"Sejumlah metod tarbiyyah yang diberikan seseorang muslim atau muslimah kepada dirinya sendiri untuk membentuk keperibadian muslim yang sempurna"

Apa pula bezanya dengan Tarbiyyah Jama’iyyah?
Tarbiyyah Jama’iyyah..
i)bersifat kolektif dan berkumpulan
ii) bersifat umum (cth:ta’lim) dan khusus (cth:halaqah)
iii) mempunyai seorang atau beberapa orang untuk menjadi rujukan tarbiyyah
iv)mempunyai ikatan tertentu
v)perlukan pada waktu tertentu
vi)perlukan pada tempat tertentu
Perbezaan antara dua jenis tarbiyyah boleh dilihat dengan jelas.Mungkin ada yang tertanya-tanya,kenapa perlunya kepada Tarbiyyah Dzatiyyah?Tidak cukupkah dengan Tarbiyyah Jama’iyyah..seperti usrah..ta’lim...daurah dan sebagainya..?
Tarbiyyah Dzatiyyah ada kepentingannya..alasan??sebab masa kita dengan diri sendiri lebih banyak dengan masa kita dengan orang lain atau dengan perkara lain.Masa untuk halaqah,ta’lim,daurah..bukan ke hanya beberapa jam seminggu dan sedar tak kita yang masa selebihnya adalah dengan diri sendiri.
Ok.Jom kita tengok sebab musabab mengapa Tarbiyyah Dzatiyyah ni penting.
  1. Menjaga diri mesti didahulukan daripada menjaga orang
    Kat sini bukan bermaksud kita perlu terlalu pentingkan diri sendiri sehinggakan tidak mempedulikan org lain...bukan begitu..tetapi sebetulnya,kita kena cermin diri kita dulu,perbetulkan diri kita dulu sebelum kita perbetulkan orang lain.
    At-Tahrim : 6
  2. Jika kita yang tak jaga diri kita,siapa lagi yang nak jaga diri kita?
    Logik tak?memang betul..orang lain tak kan jg kita..tak kan ambil tahu pun pasal kita kalau bukan diri kita sendiri.Kalau ada pun yang tolong jaga..cuma penjagaan luaran..bukan dalaman.Kita perlu sempurna luaran dan dalaman.
    Al-Qiyamah : 14

  3. Hisab diakhirat kelak bersifat individu
    Pada hari perhitungan nanti,kita bukan dihisab secara berjama’ah tetapi bergantung pada amal soleh setiap individu.Tiada siapa yang boleh tolong diri kita kat akhirat kelak kalau kita sendiri tak tolong diri kita masa kat dunia ni.
    Al-Insyirah : 6-12

  4. Lebih mampu merubah diri
    Tarbiyyah Dzatiyyah lebih mampu membuat kita merubah diri sendiri.Dalam hidup kita ni,mesti ada satu ketika,sesuatu yang membuatkan kita berubah.Tiada siapa yang boleh ubah diri kita dan Allah sendiri tak kan ubah nasib sesuatu kaum tu kalau bukan kita sendiri yang tak cuba untuk berubah
    Ar-Ra’d : 11

  5. Tarbiyyah Dzatiyyah adalah cara untuk kita tsabat dan istiqamah dalam da’wah
    Mungkin ada yang tidak tahu yang tsabat dan istiqamah adalah dua benda yang berbeza.Istiqamah lebih bersifat umum dan tsabat ni biasanya lebih kepada da’wah.Bila kita sebut je perkataan tsabat,ia mesti berkaitan dengan da’wah.Tarbiyyah Dzatiyyah ni ana andaikan seperti charger hp.Macam jugak bateri hp,kadang2 kita akan rasa down,penat sebab terlalu banyak sangat kerja..dan masa itulah Tarbiyyah Dzatiyyah ni main peranan sebagai alat pengecas yang boleh cas balik diri kita agar kita ni terus istiqamah serta tsabat dan tidak mudah rebah.
  6. Metod da’wah yang paling efektif
    Kita perlu menjadi da’ie yang menunjukkan qudwah hasanah kepada mad’u.Jadi,Tarbiyyah Dzatiyyah adalah merupakan metod da’wah yang paling efektif untuk kita membentuk diri kita menjadi contoh yang terbaik.Kita jangan hanya pandai bercakap,tp buatnya tidak.Bercakap saja2 tanpa mengaplikasikan tiada gunanya.Moga diri ana dan sahabat-sahabat jauh dari perkara tersebut.

  7. Cara sebenar memperbaiki kualiti umat Islam kini.
    Seperti yang kita tahu,Rasulullah sendiri membina kekuatan dan menjadi qudwah hasanah bermula dengan Tarbiyyah Dzatiyyah.Qiamullail dan membaca Al-Quran tidak pernah Rasulullah tinggalkan.Melalui amalan2 tersebut lah kita dapat membina kekuatan dalam diri kita.Jadi,jadikan lah qiamullail dan al-quran sebagai amalan harian kita.InsyaAllah..setiap urusan akan Allah permudahkan.

  8. Kerana Tarbiyyah Dzatiyyah paling best!
    Kenapa paling best??memang best sangat..tiada benda lain yang lebih best dari Tarbiyyah Dzatiah.Nak tahu kenapa?Tarbiyyah Dzatiyyah ni memang terlalu mudah ,berbagai metod dan cara kita boleh guna.Macam jugak renang,ada gaya bebas..Tarbiyyah Dzatiyyah pun ada gaya bebas,sebab nya..tiada masa,tempat atau uniform tertentu yang diperlukan.

Banyakkan kepentingan Tarbiyyah Dzatiyyah.Jadi apa tunggu lagi..perlu mulakan dari sekarang.Tarbiyyah Dzatiyah bukan sahaja perlu kepada penggerak dan nuqoba’,tp perlu untuk semua orang yang berada dalam tarbiyyah..untuk memantapkan diri!!!

Kita beralih pulak skop da’wah.Sebenarnya semua orang tahu apa itu da’wah.Objek da’wah?manusia...tujuan da’wah?kembali kpd Allah....Allahu Ghayutana..Metod?......................tunjukkan contoh teladan yang baik dan berbantah dengan cara yang baik..Objektif?terlalu banyak...yang utama adalah untuk ingkari thoghut dan beriman kepada Allah serta bebas dari kegelapan jahiliyyah kepada cahaya Islam.

Apa pulak langkah-langkah da’wah/khutuuat da’wah/produk tarbiyyah?da’wah ada langkah-langkah nya,cuma kita sahaja yang terlepas pandang dan kesannya mad’u tidak bertahan lama..mcm biskut chipsmore..sekejap ada..sekejap hilang.Inilah masaalah yang utama.Langkah-langkah ni penting..mcm jugak nak buat kek.Nak buat kek pun ada langkah-langkahnya yang perlu diikut satu persatu.Bukan boleh main campak je bahan2.Kena ikut teratur.Seperti jugak da’wah,kita tidak boleh hentam keromo sahaja.Perlu diatur dengan bijak..agar semuanya dalam genggaman..dan tidak terlepas begitu sahaja.

Khutuaat Al-Da’wah :

  1. Ittisol Bilfardi (membina hubungan)
    Langkah pertama dalam da’wah adalah membina hubungan.Ikatan hati itu penting.Perlu menanamkan kepercayaan dalam diri mad’u terhadap kita.Tanpa hubungan dan ikatan hati yang mantap,natijahnya akan merugikan kita kelas.Untuk membina hubungan ni,kita lebih perlu kepada Da’wah Fardiyyah.Da’wah Fardiyyah bukan hanya perlu kepada mad’u2 baru,tetapi ia jugak penting untuk anak-anak usrah supaya rabitoh hati lebih kuat.Nak membina hubungan ni,perlu pandai..belanja makan ke..ajak pi rehlah sama-sama ke..ajak pi program..dan sebagainya.Gunalah apa cara sekalipun.

  2. Ikhtiyar Al-Afrad (memilih)
    setelah kita membina hubungan dengan ramai mad’u walau dengan apa cara sekalipun,langkah seterusnya kita perlu memilih mad’u yang boleh ke depan dan yang boleh kita serapkan dalam tarbiyyah dan sebagainya.Ada dua golongan atau ciri-ciri yang penting yang perlu diambil kira..pertamanya..memilih orang yang ada pengaruh dan yang keduanya memilih orang yang nak berubah.Biasanya,orang yang nak berubah tu lebih senangkan untuk kita tarbiyyah,sebab dia ada keinginan untuk berubah cuma tidak tahu jalan mana dan bagaimana untuk berubah.Tp kalau untuk orang yang ada pengaruh ni,ada baik nya jugak.Sebabnya,bila dia ada pengaruh,bila dah dapat pegang dia,senang lah untuk menarik konco2 dia yang lain..betul tak?

  3. Tarbiyyat Al-Afrad (tarbiyyah)
    Tarbiyyah ni ada empat cabang:
    -Iman
    -Ilmu
    -Maharat (kemahiran)
    -Takhussus (pengkhususan)

  4. Taujih Al-Afrad (memberi pengarahan)
    Apabila tarbiyyah sudah mantap,bermakna kita boleh beralih ke tahap memberi pengarahan.Memberi pengarahan ni maksudnya,kita dah dapat beri apa-apa t/jawab kepada dia seperti bawa usrah,terlibat dalam itu ini dan sebagainya.

  5. Tanzimul Afrad (memposisikan)
    Memposisikan adalah dengan menyerapkan dia ke dalam tanzim untuk bekerja dengan lebih kuat dan memperhebatkan lagi da’wah.
    Nampak cantikkan langkah-langkah da’wah.Nampak tersusun dengan rapi.Boleh tak kalau skip?Kalau langkah-langkah nak buat kek tu kita skip,apa akan jadi dengan kek..adakah hasilnya berupa kek yang sempurna,cantik dan sedap?mustahil kan.Begitu jugak dengan langkah-langkah da’wah.Seandainya dari langkah yang pertama,terus lompat ke langkah yang kelima,alamatnya tak lamalah mad’u tu bertahan.Mungkin ada sesetengah boleh dan mampu bertahan,tetapi hanya segelintir,yang selebihnya belum tentu mampu memikulnya.Jadi perlulah beransur-ansur..agar mad’u kita sentiasa dekat di hati..insyaAllah..

antum/antunna tahu tak gambar ape kat atas tu?yang hadir mesti tahu...
Itu adalah kontrak..tp,bukan itu yg utama..yg penting ada hati untuk bekerja..tiada guna kalau ianya hanya di atas kertas..


ikhwah akhwat..adakah antum/antunna sudah bersedia untuk bekerja??atau masih bermain-main??tepuk dada..tanya iman..


**jika ada kekurangan dan silap dimana-mana..perbetulkan ye..ana mengharapkan teguran dari sahabat-sahabat seperjuangan..

wallahua'lam..

Wednesday, January 23, 2008

Perkongsian Liqa' III


Di suatu petang yang hening..di satu sudut di rumah Allah (masjid)..

Asrar : assalamulaikum Humaira'.enti buat apa kat sini?dah habis kelas ?

Humaira' : waalaikumussalam.eh Asrar..ana tgh berehat.ana baru jer habis kelas.enti
pulak buat apa kat sini?

Asrar : ana ada usrah lepas ni dengan adik2.usrah ana kol 5.tp.saje jer datang awal,boleh hilang kan lelah ni dulu.haa humaira'..enti pergi tak liqa' semalam ?

Humaira' : eh mesti lah ana pergi.kenapa enti tak pergi ?rugi tau..besat sangat semalam

Asrar : alaa Humaira'..jangan buat ana cemburu.ana tak pergi sebab ana ada kelas.mesti best sangat kan ?speaker untuk liqa' semalam UmmiRoses kan ?Ummi Ross Radhatus Sakinah kan ?

Humaira' : ha'ah.betol la tu asrar.ana pun dah lama tak dengar dia bagi talk.semalam beruntung sangat.walaupun terpaksa berkejar dari court.tp,alhamdulillah..sempat jugak sampai sebelum jam 6

Asrar : bestnyer..ramai tak yang datang ?tajuk apa untuk liqa' semalam ?

Humaira' : alhamdulillah..kehadiran amat memberangsangkan.muka-muka baru ramai yang hadir.tp,xlah sampai memenuhi LT 1 tu.tajuk semalam pasal Mujahadatun Nafs & Nafi'un Lighairihi.enti tahu tak apa benda tu ?

Asrar : kalau tak silap ana tajuk tu dua daripada sepuluh keperibadian seorang da'ie kan ?apa isi kandungan talk tu ?ceritalah kat ana Humaira'..ana tak sabar dah ni.

Humaira' : isbiri ya ukhti.ana nak cerita lah ni.ok.mula-mula ummi ross mulakan dengan menghayati surah al-fajr,ayat 27-30.Dalam ayat tu,Allah kata kalau nak masuk syurga kena ada jiwa yang tenang.enti tahu mcmn nak dapat jiwa yang tenang ?

Asrar : em kalau tak silap ana..ada dalam surah Yusof,ayat 53.betol tak ?

Humaira' : betol2 !!pandai lah enti ni.dalam ayat tu,menjelaskan tentang nafsu.jiwa kita tak kan tenang dan t,ak bebas dari kesalah sebab nafsu biasanya mendorong kpd kejahatan.kecuali lah nafsu yang diberi rahmat oleh Allah.enti pernah dengar tak hadith Rasulullah pasal peperangan yang lebih besar ?

Asrar : ana tahu.berkaitan dengan nafsu kan.ada dalam satu hadith,Rasulullah bersabda : kita baru kembali dari satu peprangn yang kecil untuk memasuki peperengan yang lebih besar.sahabat terkejut dan bertanya :peperangan apakah itu ya Rasululah ?Rasullah menjawab :perang melawan nafsu.hadith ni riwayat baihaki.

Humaira' : yup !betul tu.nafsu manusia biasanya teruja untuk melakukan kejahatan.nafsu jahat ni wujud melalui sifat keji dan kotor yang ada pada manusia seperti hasad dengki,makan banyak,cinta,dendam dan macam2 lagi lah dari sifat mazmumah tu.

Asrar : hurm..bila kita nilai balik..mcm ada jer antara sifat2 tu pada diri kita.cuma kita je kadang2 tak seda,kan ?pastu,apa lagi yang umi ros cakap ?

Humaira' : haa ni mesti enti suka.umi ross cakap pasal cinta.enti tahu tak ada apa dengan cinta ?

Asrar : eh tu mcm cerita kat tv jer tu.ada apa dengan cinta ?ntah..ana tak tahulah humaira' bab cintan cintun ni.

Humaira' : meh sini ana bagi tahu.cinta ni..ada dua tau.satunya penggerak yang menjadikan kita orang yang terbaik dalam banyak perkara dalam kehidupan dan satu lagi,cinta juga boleh menjadikan kita orang yang merosakkan segalanya.

Asrar : biasanya yang kedua tu lah yang biasa ada dalam masyarakat kita ni.me nyalah gunakan cinta..eh btol ke ?

Humaira' : boleh diterima istilah yang enti guna tu.enti tahu tak apa erti cinta sebenar ?mesti tahu kan ?

Asrar : cinta tu..yang ana tahu..kasih sayang..hormat menghormati..penghargaan.itu yang ana tahu.apa ummi ross bagi tahu erti cinta humaira' ?

Humaira' : apa yang enti bagi tahu tu dah betol sikit2.cinta ni..pertalian kasih sayang yang merangkumi aspek spiritual,emosi,fizikal,intelektual & sosial antara individu yang terlibat dengan menghargai nilai2 peribadi yang dimiliki dan memuliakan perhubungan yang wujud antara satu sama lain.

Asrar : wow !panjang lebar erti cinta.tp kan.bukan ker cinta itu fitrah ?kita mana boleh lari dari rasa cinta tu ?mesti ada jugak..

Humaira' : ye..betul tu Asrar.cinta itu fitrah.lintasan2 dalam hati kita tu mesti ada bila kita tgk org lain berecinta.tp yang penting how kita manage benda tu semua.kita tidak boleh jadi kuli kepada cinta,tp kena jadi manager.mcmn nak manage tu..terpulang pada diri kita.ingat..jangan jadi kuli..sebab nanti,kita yang akan rugi.belajarlah untuk jadi manager.

Asrar : ana bersetuju dgn apa yg umi ross cakap.kebanyakan remaja pd hari ni pun,yg terjebak dalam kancah cinta ni opun,sebabnya diorang jadikan diri diorang kuli.ikut sangat hawa nafsu tu.itu yg boleh jadi zina,buang anak dan mcm2 lagilah masaalah sosial.

Humaira' : itu la yang kita sedihkan.semua tu t/jawab kita untuk menyedarkan mereka semua.kita kena ingat yang destinasi cinta kita adalah mendapat mardhatillah.itu yang paling utama.tp,kita jugak jgn lupa untuk terus bekerja dari terus membiarkan gejala2 sosial diluar sana terus menular.

Asrar : becakap tentang perlu bekerja ni..apa yang umi ross bg tahu.ummi ros kan banyak pengalaman...

Humaira' : enti ingat tak surah al-imran,ayat 104 ?dalam ayat tu kan Allah ada sebut,antara org yang beruntung adalah orang yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemunghkaran.kita perlu jadi orang yang beruntung itu.Allah dah janji,tp kita tetap tak nak buat.

Asrar : tapi kan Humaira',mana kita mampu nak mencegah kemungkaran dengan tangan dan lisan.setakat dengan hati tu boleh la..

Humaira' : ye..memang betol.dengan hati tu pun dikira kita mencegah jugak..tp enti ingat tak mencegah dengan hati adalah selemah-lemah iman ?tak kan selamanya kita nak biarka iman kita berada ditahap yang lemah.iman perlu kita tingkatkan.kalau kita nak lari dari kemunghkaran pun,anytime kita boleh lari,tp,adakah kita membantu masyarakat untuk hidup ikut syariat.kalau bukan kita,siapa lagi ?kalau bukan sekarang,bila lagi ?kita kena ambil kira semua tu Asrar..

Asrar : ya Allah..besarnya t/jawab kita.ana tak tahu mampu atau tidak ana buat semua tu.

Humaira' : Asrar..pesanan ummi ross..kita nak buat kerja ni..yang paling utama adalah pergantungan dengan Allah tu kena extra.kena selalu bangun malam untuk solat.itulah yang akan membantu kita dalam buat kerja-kerja da'wah ni.lg pun Allah dah janji,kita akan jadi golongan yang beruntung kalau kita buat kerja ni.cuma kita jer..Allah dah janji pun..tetap xnak buat jugak..tetap jugak xnak islahkan org lain.semua itu terserah pada diri kita.soal lah hati dan diri kita..adakah kita nak berada antara golongan itu ataupun tidak.

Asrar : ana rasa insaf mendengar apa yang ummi ross cakapkan.bermula hari ni,kita kena berubah kan ?insyaAllah..kita cuba yang terbaik untuk Islam dan Ummah.ada apa2 lagi tak yang ummi ross share ?

Humaira' : setakat itu jer..cuma ummi ross ada share sikit pasal Raudhatus Sakinah dan pesanan dia yang terakhir,kita kena muhasabah dan tanya diri kita,dimanakah kecintaan kita yang utama.

Asrar : alhamdulillah..dapat jugak ana sedikit sebanyak ilmu dan nasihat dari ummi ross walaupun ana tak dapat hadirkan diri.terima kasih Humaira' sebab sudi share dengan ana.sekarang pun dah jam 5.anak2 usrah ana pun dah datang tu.ana kena minta diri dulu.

Humaira' : sama2 Asrar.ilmu kenalh kongsi..tak kan kita nak simpan sorang2.ye tak ?ok.selamat berusrah lah ye.sampaikan salam ana pada anak2 usrah enti.jumpa lagi nanti

Asrar : insyaAllah..ilalliqa'.assalamualaikum

Humaira' : waalaikumussalam

By:Farhah Amirah


perkongsian liqa' ni ana letak jugak kat k-uia net.maaf agak berterabur.ana kejar masa.di lain masa ana akan edit balik.harap dapat ambil sedikit manfaat dari perkongsian ini.. ;-)

"La Taghdhob!!"

Bismillahirahmanirrahim..

Dgn nama mu ya Allah..jauhkanlah kami dr bisikan syaitan yg menimbulkan api kemarahan dlm diri kami..la taghdhob..tidak tahu mengapa tergerak hati ni nak letak entri pasal ni..

Mungkin ada yang tertanya-tanya..

ana tengah marah ke?

tapi kenapa?

hurm..sebab orang lain tak faham kita

eh!semua orang akan faham kita ker..

ok..tenang dulu..

sebenarnya tak lah marah,cuma tiba-tiba rasa menghargai sesuatu..bukan marah..tp geram..lain ker?lebih kurang la..

TIME vs MONEY..mana lebih penting??duit tak ada..boleh cari kan..?tapi..kalau masa yang hilang..boleh ker kita cari balik..ganti semua yang hilang??

Terasa masa itu terlalu berharga ..orang yang faham kerja kita jer akan faham..tp,mcmn nak bagi orang lain yang tak bekerja dengan kita faham jugak??rumit kan..

Ingat tak surah Al-Asr..dalam surah tu kan Allah bersumpah dengan masa..jom kita tgk tafsir surah Al-Asr..

“Demi masa.Sungguh,manusia berada dalam kerugian,kecuali orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan serta saling menasihati untuk kebenaran dan saling menasihati untuk kesabaran”

Nak ke kita selalu berada dalam kerugian?Kita dalam berniaga pun tak nak rugi kan..untung yang kita kejar.Tp,pernah ke kita terfikir untuk kejar untung dengan buat amal dan gunakan masa kita dengan baik?

Ingatlah..masa itu berharga..tak ternilai dengan emas dan wang ringgit..boleh tak kalau ana cakap..habiskanlah duit demi masa..jgn disebabkan sayang duit..masa berlalu dengan sia-sia..

Ini hanyalah sekadar muhasabah..apa yang berlaku disekeliling kita..kita perlu hargai..mungkin ada sesuatu yang Allah nak beri pada kita..dari apa yang berlaku…kita akan belajar mengaharigai.Sekadar peringatan untuk diri sendiri dan untuk yang lain.

Jangan mengharapkan org lain faham kita..tetapi kita yang perlu cuba untuk faham org lain..barulah orang akan faham kita..

What you give..you get back..

..La Taghdhob..
p/s:maaf sebab ana tak dapat tulis ayat quran dlm font arabic..problem dgn lap top..insyaAllah..next time ana tambah :)

Tuesday, January 22, 2008

Perkongsian Liqa' II

By:Alyaa Aidee

Salam buat sume..
insyaAllah ni 1st time sy post
msti byk sgt kekurangn b’bndg akak2 sblm ni y post dgn baik
hrp sgt ade komen atau penambahan dr korg y lbh b’pengalaman
ni ade sedikit p’kongsian ttg liqa’ b’karisma y br diadakan pd 15 jan 2008 di admin LT1 disampaikan oleh pkck Ab. Rahim Abd hamid iaitu naib pengerusi JK dakwah JIM pusat dan pengerusiny lbh dkenali sbg bai.

Mulanya prog ni pn sudah agak menarik krn pkck rahim amat kreatif dgn menayangkn gmbr y agak lbh psikologi sy rse, memerlukan kt utk b’fkr.. gmbr p’tama, seakan gmbr seorng lelaki tua memakai serban tp ble dilihat, diamati bbrpa kli, ade 3 objek sbnrnya pd gmbr itu, klu xsilap sy, muka org, pena dan lg satu sy mmg xpsti.. gmbr y ke2 berbntuk kotak2. soalannya brapa bilangan kotak sbnrnya pd gmbr itu? Ade yg m’jwb 1kotak, ade yg m’jwb 16kotak dan b’mcm2 lg.. ini semua m’gmbrkn stiap individu itu punya b’mcm idea, b’mcm p’dpt msing2..

B’bnding dgn liqa’ y p’tama, byk menyentuh ttg semua b’mula dr dlm(hati). Hati y prlu dteguhkn dhlu, hati y perlu dp’kuatkn lg brla luarannya perkasa, thn sgla hlgn dan cubaan insyaAllah. Tp liqa’ kali ini lebih b’sndrkn ttg kehidupan. “life is almost how to solve a problem”, “life needs changes”.. perlukn p’hijrhan. Dr kurang baik kpd y baik, dr baik kpd y lbh baik.

Lbh m’dlm lg, menyentuh sedalam mna kt dpt turun dlm b’dakwah. Cmne klu kt trun pd peringkat kanak2? Peringkat remaja social? Peringkat maknyah? Peringkat pelacur? Stkt mana kekuatan kt sbnrnya.. dr pengalaman pkck rahim sndr, beliau sndri pnah b’jaya trun di lorong haji taib, nama jln sudah baik tp aktiviti di jlnn itu y amat melencong, nauzubillah. Spt y korng sme tau, kat situla tmpt maknyah2, tmpt palacur2 dan pelbagai peringkat manusia y lain sibuk m’jalani hidup mrk di situ.. amat menyedihkan bile ditanya oleh pkck rahim pada slh seorg p’huni di situ, cne anda tdk t’tgkp oleh pihak y b’kuasa? “apa ssh, suap RM10 pn dorg terima”. Rndhnya maruah, martabat mrk, pihak b’kuasa.. hanya dgn RM10 trus dpt melenyapkn keje dakwah mrk..

Lebih serius lg disentuh kes y t’bru ttg penggunaan perkataan Allah oleh katolik di gereja. Bg pemerintah kt, mrk rse pihak katolik t’sebut seakan m’cabuli hak2 org melayu.. tp ble difikirkan, dgn ape y kt pelajari,, adkah Allah itu hanya untuk org melayu sahaja? Asas agama kt adalah syahadah, ‘Aku b’saksi bahawa tiada Tuhan y disembah melainkan Allah dan Muhammad itu Pesuruh Allah’.. juga surah al-ikhlas y b’mksud “katakanlah : Dialah Allah y Maha Esa, Allah adlh Tuhan y b’gntung pdNya sgl sstu, Dia tdk b’anak dan tidk pula diperanakkn, dan tdk ada seorang pn y setara dgnNya”..
tamabahn lain tkut sy utk m’ulas lbh lnjut..

Masa trus b’jln tanpa disedari..
Mgkn ada y sy xsmpat ulas ataupn t’tinggal..
Hrp dpt ditambah..

Seterusnya sesi soal jawab
Ade y b’tanya, satu soalan y sy rse menarik juga dan mmg belum disentuh sblm ini.. iaitu cne kaedah atau ape ramuan y perlu utk m’dekati maknyah? “same mcm kt y memandang mrk hanya sblh mata, ataupn lgsg tdk menoleh atau ambil peduli akn mrk, bgitula pndgn mrk pd kt. Apa y kt perlukan pertamanya ialah kepercayaan mrk. Selagi mrk rse, kt m’dekati mrk utk m’halang, m’bantutkn keje mrk, slagi itu kt tdk mmpu utk b’dakwah kpd mrk..”

Kesimpulannya
Semua b’mula dr dalam(qalb). Kuatknla y dlm itu agar luaran tdk mudah rapuh. Buatlah perubahan. Bkn hanya untuk diri sndri, tp semuanya krn Allah, krn ingin menegakkn jalanNya. Sama2lah kita b’usaha.

Nur Alyaa Mohd Aidee
-Timb. Setiausaha K-Uia-

Monday, January 21, 2008

Perkongsian Liqa'

Liqa' Berkarisma diadakan pada setiap minggu bertempat di UIA..ana letakkan di blog ana ni untuk berkongsi dgn sahabat2 diluar sana..moga ianya bermanfaat..insyaAllah..

Tarikh : 8 Januari 2008
Masa : 6 ptg – 7 ptg
Tempat : LT 1 Admin
Jemputan : Dr. Zulfakar dan Bro. Sani

Alhamdulillah..syukur ke hadrat Illahi kerana Liqa' Berkarisma yang telah diadakan berjalan dengan lancar.Liqa' Berkarisma ini diadakan bertujuan untuk mengumpulkan semua ahli K-Uia dalam satu majlis ilmu untuk menimba perkongsian,nasihat dan buah fikiran dari jemputan yang hadir.Liqa' ini akan diadakan pada setiap minggu dengan pengisian-pengisian yang lebih mantap.

Liqa' Berkarisma 1 menyaksikan kehadiran ahli-ahli K-Uia yang tidak memberangsangkan.Hanya ¼ daripada jumlah ahli yang sebenar iaitu seramai 200 org turun pada liqa' kali ini.Keadaan ini sudah menjadi kebiasaan pada setiap prog sebenarnya.Di manakah silapnya..adakah disebabkan promosi yang tidak hebat dan meluas,atau waktu yang ditetapkan tidak sesuai ataupun juga ahli-ahli K-Uia sendiri yang masih belum ada kesedaran dan masih xproaktif!Tidak mengapa..tidak perlu terlalu merungut.Ini mungkin hanya satu permulaan.Tetapi,yang kurang perlu ditambah,yang rongak perlu di tampung,yang cacat perlu dipulihkan agar liqa' yang seterusnya lebih meriah!

Dalam Liqa' Berkarisma 1 ini pengisian nya adalah lebih kepada sharing moment daripada 2 Tokoh Akademia yang dijemput khas.Topiknya berkaitan kehidupan di alam kampus dan tarbiyyah.Antara isi penting yang telah disampaikan oleh 2 orang speakers ini adalah :

i)t/jawab sebagai indidvidu muslim
ii)ujian,halangan atau cabaran yang perlu ditempuh dalam lapangan da'wah ini

lntipati yg pertama adalah berkaitan dengan t/jawab individu muslim.Apa t/jwb kita sbnrnya??tahu tak kita selama ni bukan hanya belajar menjadi t/jawab kita.Amal islami,tarbiyyah dan khidmat masyarakat perlu diambil kira dan tidak hanya sebagai sampingan dan di ketepikan.Ijazah sememangnya yg pertama,tetapi inagt..risalah bukan yg kedua.Perlu bergerak seiring!"

Seiring dgn t/jawab yang perlu dikendong..adanya ujian,halangan dan cabaran yang perlu di tempuh.Masaalah utama adalah berkaitan dengan keterlibatan.Adanya mad'u yg ramai ttp kurangnya du'at.Ujian dan cabaran di alam pekerjaan,rumah tangga,kecelaruan dan apa yg berlaku diluar sana perlu di hadapi dengan kekuatan.Apa yang penting adalah istiqamah dan pembinaan dalaman iaitu HATI.

Pada sesi soal jawab,ada dikalangan ahli yg bertanyakan tentang resepi dan tips bagaimana Dr. Zulfakar dan Bro. Sani tetap istiqamah dari dulu sampai sekarang dan tidak pernah rasa jemu buat kerja da'wah.

Jawapan??

Dr. Zulfakar cakap..di antara kekuatan dalah PASANGAN..lebih ditekankan disini adalah konsep Baitul Muslim..ramai yang bersetuju kan??Ktnya Dr. Zulfakar..kita xmampu buat kerja sorang dan perlukan org yang memahami fikrah,wawasan dan faham dgn kerja kita.

Bro. Sani menyokong dan beliau menambah bahawa kita pd awal-wal lagi kena faham dan jelas dgn tujuan kita serta apa yg kita perlu buat.Dalam masa yg sama..kita kena berusaha mendapatkn keredhaan Allah.

Soalan yg lain adalah bagaimana pula dgn situasi seseorang individu yg datang dari keluarga yg bkn berlatar belakangkan tarbiah..

al-jawab…

Individu tersebut adalah individu yang terpilih yang telah dipilih oleh Allah.Apa yg perlu di lalui olehnya adalah lebih mencabar kerana perlu berhadapan dengan keluarga sendiri.Mungkin timbul persoalan bahawa bukan senang nak berhadapan dengan keluarga sendiri.Tetapi kita perlu ingat..usaha itu yang penting krn Allah akan melihat pd usaha.Biar lambat..lagi banyak pahala yg kita dapat.

Lagi satu soalan..

Bagaimana nak atasi dan siapakah yg perlu dipersalahkan apabila timbul situasi dimana dikalangan ahli hanya bersama ketika buat kerja da'wah jer tetapi lupa pada personal life.

Sebenarnya kita perlu kembali kpd usrah.Adakah usrah kita berkesan?Mungkin ini terjadi disebabkan usrah yg tidak berkesan.Usrah yg sebenar adalah yg memenuhi ketiga-tiga rukun usrah yg semua org tahu..taaruf,tafahum dan takaful.Tafahum lah yg lebih penting sebab kita kena faham bukan hanya sekdar diri individu itu tetapi perlu faham sampailah kpd keluarga.

Soalan last skali..

Bagaimana dgn individu yg aktif di universiti,ttp sebaliknya bila berada dirumah.

Ktnya Dr. Zulfakar..individu tersebut telah gagal menjiwai tarbiyyah.double standard??personal interest??fikir2 kan lah..sama2 lah muhasabah diri..tepuk dada tanya IMAN..

Mutiara kata..

T/jawab kita berat lebih-lebih lagi kepada naqib/naqibah.Cuba yang terbaik untuk melunasi t/jawab ini.Apa yg penting usaha itu perlu ada..xmampu ape boleh buat..ttp jgn cepat berputus asa…

wallahu'alam..

setia pada perjuangan...

Farhah Amirah Bt Che Mohd Ariff
Setiausaha Majlis Syura K-Uia

nantikan Liqa' Berkarisma ke-2.. :)

jaulah++walimah

dah tibe masanya utk menyapu sawang2..
maya..akak dah dapat buka blog...hehe
ni akak memenuhi permintaan maya..jeng2..

actually..nak cakap pasal jaulah ke kelantan..my hometown..dgn ikhwah dan akhawat seramai 14 org smuanya.alhamdulillah..kami selamat pergi dan kembali ke taman ilmu dan budi..kt bawah ni gambar2 walimah saffwan dan afrah kat melor..jom tgk!!


pengantin muda..bait muslim.. :)


alahai manisnyer....

sedih..majlis penyerahan anakanda..

bagai pinang dibelah dua..

restu...


~barsama abi tercinta~

sebenarnya banyak lagi gambar2 walimah mereka..tp disebab kan pendrive tercicir..banyak yg xdapat dimasukkan.tp xpe..dah dapat pendrive tu nanti..ana akan tambah termasuk lah gambar2 mencapap kitorang semua..hehe.macam2 ragam ade..tunggu...