Wednesday, January 23, 2008

Perkongsian Liqa' III


Di suatu petang yang hening..di satu sudut di rumah Allah (masjid)..

Asrar : assalamulaikum Humaira'.enti buat apa kat sini?dah habis kelas ?

Humaira' : waalaikumussalam.eh Asrar..ana tgh berehat.ana baru jer habis kelas.enti
pulak buat apa kat sini?

Asrar : ana ada usrah lepas ni dengan adik2.usrah ana kol 5.tp.saje jer datang awal,boleh hilang kan lelah ni dulu.haa humaira'..enti pergi tak liqa' semalam ?

Humaira' : eh mesti lah ana pergi.kenapa enti tak pergi ?rugi tau..besat sangat semalam

Asrar : alaa Humaira'..jangan buat ana cemburu.ana tak pergi sebab ana ada kelas.mesti best sangat kan ?speaker untuk liqa' semalam UmmiRoses kan ?Ummi Ross Radhatus Sakinah kan ?

Humaira' : ha'ah.betol la tu asrar.ana pun dah lama tak dengar dia bagi talk.semalam beruntung sangat.walaupun terpaksa berkejar dari court.tp,alhamdulillah..sempat jugak sampai sebelum jam 6

Asrar : bestnyer..ramai tak yang datang ?tajuk apa untuk liqa' semalam ?

Humaira' : alhamdulillah..kehadiran amat memberangsangkan.muka-muka baru ramai yang hadir.tp,xlah sampai memenuhi LT 1 tu.tajuk semalam pasal Mujahadatun Nafs & Nafi'un Lighairihi.enti tahu tak apa benda tu ?

Asrar : kalau tak silap ana tajuk tu dua daripada sepuluh keperibadian seorang da'ie kan ?apa isi kandungan talk tu ?ceritalah kat ana Humaira'..ana tak sabar dah ni.

Humaira' : isbiri ya ukhti.ana nak cerita lah ni.ok.mula-mula ummi ross mulakan dengan menghayati surah al-fajr,ayat 27-30.Dalam ayat tu,Allah kata kalau nak masuk syurga kena ada jiwa yang tenang.enti tahu mcmn nak dapat jiwa yang tenang ?

Asrar : em kalau tak silap ana..ada dalam surah Yusof,ayat 53.betol tak ?

Humaira' : betol2 !!pandai lah enti ni.dalam ayat tu,menjelaskan tentang nafsu.jiwa kita tak kan tenang dan t,ak bebas dari kesalah sebab nafsu biasanya mendorong kpd kejahatan.kecuali lah nafsu yang diberi rahmat oleh Allah.enti pernah dengar tak hadith Rasulullah pasal peperangan yang lebih besar ?

Asrar : ana tahu.berkaitan dengan nafsu kan.ada dalam satu hadith,Rasulullah bersabda : kita baru kembali dari satu peprangn yang kecil untuk memasuki peperengan yang lebih besar.sahabat terkejut dan bertanya :peperangan apakah itu ya Rasululah ?Rasullah menjawab :perang melawan nafsu.hadith ni riwayat baihaki.

Humaira' : yup !betul tu.nafsu manusia biasanya teruja untuk melakukan kejahatan.nafsu jahat ni wujud melalui sifat keji dan kotor yang ada pada manusia seperti hasad dengki,makan banyak,cinta,dendam dan macam2 lagi lah dari sifat mazmumah tu.

Asrar : hurm..bila kita nilai balik..mcm ada jer antara sifat2 tu pada diri kita.cuma kita je kadang2 tak seda,kan ?pastu,apa lagi yang umi ros cakap ?

Humaira' : haa ni mesti enti suka.umi ross cakap pasal cinta.enti tahu tak ada apa dengan cinta ?

Asrar : eh tu mcm cerita kat tv jer tu.ada apa dengan cinta ?ntah..ana tak tahulah humaira' bab cintan cintun ni.

Humaira' : meh sini ana bagi tahu.cinta ni..ada dua tau.satunya penggerak yang menjadikan kita orang yang terbaik dalam banyak perkara dalam kehidupan dan satu lagi,cinta juga boleh menjadikan kita orang yang merosakkan segalanya.

Asrar : biasanya yang kedua tu lah yang biasa ada dalam masyarakat kita ni.me nyalah gunakan cinta..eh btol ke ?

Humaira' : boleh diterima istilah yang enti guna tu.enti tahu tak apa erti cinta sebenar ?mesti tahu kan ?

Asrar : cinta tu..yang ana tahu..kasih sayang..hormat menghormati..penghargaan.itu yang ana tahu.apa ummi ross bagi tahu erti cinta humaira' ?

Humaira' : apa yang enti bagi tahu tu dah betol sikit2.cinta ni..pertalian kasih sayang yang merangkumi aspek spiritual,emosi,fizikal,intelektual & sosial antara individu yang terlibat dengan menghargai nilai2 peribadi yang dimiliki dan memuliakan perhubungan yang wujud antara satu sama lain.

Asrar : wow !panjang lebar erti cinta.tp kan.bukan ker cinta itu fitrah ?kita mana boleh lari dari rasa cinta tu ?mesti ada jugak..

Humaira' : ye..betul tu Asrar.cinta itu fitrah.lintasan2 dalam hati kita tu mesti ada bila kita tgk org lain berecinta.tp yang penting how kita manage benda tu semua.kita tidak boleh jadi kuli kepada cinta,tp kena jadi manager.mcmn nak manage tu..terpulang pada diri kita.ingat..jangan jadi kuli..sebab nanti,kita yang akan rugi.belajarlah untuk jadi manager.

Asrar : ana bersetuju dgn apa yg umi ross cakap.kebanyakan remaja pd hari ni pun,yg terjebak dalam kancah cinta ni opun,sebabnya diorang jadikan diri diorang kuli.ikut sangat hawa nafsu tu.itu yg boleh jadi zina,buang anak dan mcm2 lagilah masaalah sosial.

Humaira' : itu la yang kita sedihkan.semua tu t/jawab kita untuk menyedarkan mereka semua.kita kena ingat yang destinasi cinta kita adalah mendapat mardhatillah.itu yang paling utama.tp,kita jugak jgn lupa untuk terus bekerja dari terus membiarkan gejala2 sosial diluar sana terus menular.

Asrar : becakap tentang perlu bekerja ni..apa yang umi ross bg tahu.ummi ros kan banyak pengalaman...

Humaira' : enti ingat tak surah al-imran,ayat 104 ?dalam ayat tu kan Allah ada sebut,antara org yang beruntung adalah orang yang menyeru kepada kebaikan dan mencegah kepada kemunghkaran.kita perlu jadi orang yang beruntung itu.Allah dah janji,tp kita tetap tak nak buat.

Asrar : tapi kan Humaira',mana kita mampu nak mencegah kemungkaran dengan tangan dan lisan.setakat dengan hati tu boleh la..

Humaira' : ye..memang betol.dengan hati tu pun dikira kita mencegah jugak..tp enti ingat tak mencegah dengan hati adalah selemah-lemah iman ?tak kan selamanya kita nak biarka iman kita berada ditahap yang lemah.iman perlu kita tingkatkan.kalau kita nak lari dari kemunghkaran pun,anytime kita boleh lari,tp,adakah kita membantu masyarakat untuk hidup ikut syariat.kalau bukan kita,siapa lagi ?kalau bukan sekarang,bila lagi ?kita kena ambil kira semua tu Asrar..

Asrar : ya Allah..besarnya t/jawab kita.ana tak tahu mampu atau tidak ana buat semua tu.

Humaira' : Asrar..pesanan ummi ross..kita nak buat kerja ni..yang paling utama adalah pergantungan dengan Allah tu kena extra.kena selalu bangun malam untuk solat.itulah yang akan membantu kita dalam buat kerja-kerja da'wah ni.lg pun Allah dah janji,kita akan jadi golongan yang beruntung kalau kita buat kerja ni.cuma kita jer..Allah dah janji pun..tetap xnak buat jugak..tetap jugak xnak islahkan org lain.semua itu terserah pada diri kita.soal lah hati dan diri kita..adakah kita nak berada antara golongan itu ataupun tidak.

Asrar : ana rasa insaf mendengar apa yang ummi ross cakapkan.bermula hari ni,kita kena berubah kan ?insyaAllah..kita cuba yang terbaik untuk Islam dan Ummah.ada apa2 lagi tak yang ummi ross share ?

Humaira' : setakat itu jer..cuma ummi ross ada share sikit pasal Raudhatus Sakinah dan pesanan dia yang terakhir,kita kena muhasabah dan tanya diri kita,dimanakah kecintaan kita yang utama.

Asrar : alhamdulillah..dapat jugak ana sedikit sebanyak ilmu dan nasihat dari ummi ross walaupun ana tak dapat hadirkan diri.terima kasih Humaira' sebab sudi share dengan ana.sekarang pun dah jam 5.anak2 usrah ana pun dah datang tu.ana kena minta diri dulu.

Humaira' : sama2 Asrar.ilmu kenalh kongsi..tak kan kita nak simpan sorang2.ye tak ?ok.selamat berusrah lah ye.sampaikan salam ana pada anak2 usrah enti.jumpa lagi nanti

Asrar : insyaAllah..ilalliqa'.assalamualaikum

Humaira' : waalaikumussalam

By:Farhah Amirah


perkongsian liqa' ni ana letak jugak kat k-uia net.maaf agak berterabur.ana kejar masa.di lain masa ana akan edit balik.harap dapat ambil sedikit manfaat dari perkongsian ini.. ;-)

No comments: