Friday, February 15, 2008

Perkongsian Liqa' VI

Alhamdulillah..syukur sangat-sangat sebab kali ni ana berpeluang membuat perkongsian untuk liqa’ yang kali keenam diadakan.mungkin prekongsian ana ni tak seberapa..tp ana harap ianya bermanfaat untuk sahabat-sahabat.

Liqa’ kali ni menjemput seorang speaker yang dulunya adalah rockers tapi sekarang merupakan seorang pendakwah yang hebat!!ini menunjukkan kebesaran Allah..Dia berhak memberi hidayah kepada siapa yang dia kehendaki..

Nak tahu tak siapa nama speaker kali ni..ana cuma tahu nama panggilan dia jer..Pak Anjang..nama sebenar tak tahu..dan tak diberitahu kot..xpe..next time kita cari apa nama sebenar dia..mungkin ada ikhwah akhawat yang kenal beliau..siapa-siapa yang kenal..bg tahu lah ye..

Liqa’ kali ni lebih kepada perkongsian pengalaman dari Pak Anjang.Tapi sebelum memulakan perkongsian beliau,Pak Anjang lebih dahulu memberi peringatan kepada para ikhwah dan akhawat yang hadir.Semua tahu kan apa yang dinyatakan dalam ayat 7 dari surah Muhammad?ana bg tahu intipatinya je ye..ok dalam ayat itu,dinyatakan bahawa barangsiapa yang menolong agama Allah,nescaya Allah akan menolongnya.Ayat itu lah yang dapat memberi dorongan dan suntikan semangat untuk melakukan kerja da’wah.Di waktu kita penat dan lelah dengan bekerja,di waktu dimana kita menegluh dan rasa nak mengalah dengan ujian dan halangan yang dihadapi,bc lah ayat tu,fahamilah maksudnya,insyaAllah semuanya akan kembali seperti sediakala dan lebih bersemngat.

Bila bercakap tentang pengalaman,semua orang ada pengalaman yang tersendiri.Semua orang akan mengalami graf kehidupan sendiri.Melalui pengalaman lah kita akan belajar banyak benda.Kita akan melalui pengalaman bermula lah pada zaman sekolah,semasa di alam mahasiswa sehinggalah kita pencen.Pengalaman-pengalaman ni terutama sekali pengalaman da’wah ni adalah untuk mematangkan kita.

Bercakap mengenai era kehidupan seorang da’ie,persoalan di kemukakan,sejak bila kita mula berda’wah?kalau di zaman nabi,dari kecil lagi dah mula berda’wah.tp kita?adakah kita dah mula berda’wah masa berada di tadika?rasanya mustahil ada yang mula berda’wah semasa berada di tadika.paling awal pun kita mula berda’wah semasa kita di sekolah menengah.itu pun hanya dengan menyertai usrah dan melalui program-program.tp cukupkah dengan menyertai usrah dan program,ia di kira sebagai terlibat dengan da’wah?katanya Pak Anjang..walaupun hanya dengan usrah dan program..kita dah dikira terlibat dengan da’wah sebab nya ia adalah da’wah bersama rakan-rakan.

Waktu yang paling sesuai untuk kita pulun habis kerja-kerja da’wah ni adalah semasa kita di alam mahasiswa.Masa nil ah kita kena cuba gunakan sehabis mungkin untuk buat kerja da’wah sebab masa kita hanya untuk belajar dan tiada masa yang lain lagi.Jadi masa kita kat universiti nilah kita punyai banyak masa untuk semua tu.Tp jangan sampai abaikan pelajaran.Ijazah dan risalah perlu bergerak seiring.Jangan sampai disebabkan kita gagal,akan jadi fitnah yang besar.Sepatutnya kita kena jadi qudwah hasanah dan orang akan tabik spring..toing!!..toing!!.. sebab dalam da’wah pun kita bagus dalam pelajaran pun kita mantap!!Jadi gunakanlah masa ni dengan sebaiknya sebab bila dah berkahwin dan berkeluarga..masa kita banyak terumpu kepada benda lain..pada anak dan isteri..nak cari nafkah lagi..banyak kan t/jawab..cuma jangan sampai lupa pada t/jawab kita yang besar ni.Kerja-kerja da’wah ni kalau kita tak mulakan sekarang,bila lagi kita nak mula..nak tangguh sampai bila.Sampai kita dah pencen baru nak bekerja?dah tua bongkok empat baru nak ada kesedaran?apa sangat yang kita boleh sumbangkan..tak sebanyak semasa kita zaman muda..masa muda ni lah nak kerah semua tenaga sebab zaman nabi dulu..Islam ditegakkan oleh orang muda.Jadi,apa tunggu lagi??

Dalam Liqa’ kali ni jugak,Pak Anjang berkongsi tentang jenis mad’u.Mad’u ni ada empat golongan..

i. Mad’u yang mendukong.Mad’u yang mendukong ni adalah yang memang betul-betul buat kerja.yang menerima dan bekerja dengan mantap skali

ii. Mad’u jenis kedua adalah med’u yang menyokong.Mad’u yang mcm ni,dia akan menyokong apa yang kita buat w/pun dia tak buat.

iii. Mad’u yang tidak menentang.Mad’u jenis ni adalah yang tidak lah bersetuju tetapi tidak juga menetang.Kira macam terima seadanya..

iv. Mad’u yang akhir sekali ianlah mad’u yang menentang.Apa sahaja yang kita buat,dia akan menentang,tetapi kita jangan menentang balik.Biarlah dia dengan penentangan dia.Suatu hari nanti terbukalah pintu hati dia tu.InsyaAllah..

p/s:akan bersambung..insyaAllah..panjang lagi ni..

antara yang akan dikupas:

cakap vs buat

sindrom

ujian

merendah diri


No comments: