Perkongsian buat sahabat-sahabat seperjuangan yang berada diluar sana..
By:Akh Nuh (Setiausaha 1 Majlis Syura K-Uia)
Assalamualaikum...
Sudah masuk liqo’ yang ke-4 untuk semester ni. Kali nipenganjur menjemput tokoh dakwah non-muslim yang tidakasing lagi, iaitu pak cik Muhammad Nicholas Sylvisteruntuk berkongsi 1001 pengalaman beliau. Bermula daripengalaman beliau ketika program BTN sehingga memeluk Islam di USA.
Walaupun projector tidak mampu berfungsi, liqo’ padapetang itu dapat berjalan lancar. Rasa rugi juga sebab tak dapat nak tengok gambar-gambar program. Tapi takapa, mungkin lain kali penganjur boleh jemput pak cikNicholas lagi.
Ada beberapa perkara yang ditekankan oleh pak cik yangsangat-sangat berguna dan memberi semangat kepadaaudien-audien yang berjiwa muda. Mereka di US sangguptravel 2 minggu semata-mata untuk berprogram selama 2hari!!!. Terasa malu dan tercabar pula teringattentang kemudahan-kemudahan untuk berprogram diMalaysia. Tak apa, Insyaallah lepas ini kita pulunsemua program yang ada….
“Usrah merupakan cara terbaik untuk membentuk peribadimuslim”, ujar pak cik Nicholas. Di sana merekaberpeluang untuk memantapkan pemikiran kemahiranberkomunikasi dengan mengambil bahagian dalam usrah.Dalam usrah, mereka belajar untuk bertukar-tukarpendapat dan melahirkan pendapat sendiri. Nak tak nak,kene bercakap kat depan juga.
Hasil dari itu, pak cikNicholas mampu memberi khutbah Jumaat dalam masa 2 ½tahun selepas memeluk Islam.Hasil daripada banyak ilmu yang ditimba dan pengalamanyang diraih, banyak tanggumgjawab yang perlu kitapikul. Disamping itu,daurah juga memainkan perananpenting dalam membentuk fikrah seseorang. bukansekadar daurah yang berbentuk tarbiyah sahaja, tetapidaurah ekonomi dan politik juga mampu dianjurkan danini mampu menguatkan foundation sesiapa yang mengikutdaurah tersebut. Semua daurah ini bukan dibuat atasangin sahaja, tapi dibuat atas syura setempat yangmengambil kira pelbagai aspek dan menyeluruhberdasarkan keadaan dan keperluan semasa tempattersebut.Audien juga diingatkan dengan kepentingan berjemaahdan dengan berjemaahlah datangnya keberkatan.
Audien juga diingatkan tentang cabaran selepas belajar keranamasa itulah kita disibukkan dengan keluarga dan kerja.Oleh itu, zaman belajarlah masa untuk kita gunakanmasa-masa yang ada dengan menguatkan asas-asas agamadan fikrah.
Dalam melakukan usaha-usaha dakwah, bukan jumlah yangdirisaukan, tetapi sejauh mana usaha dan keikhlasanpada Allah. Ramai yang usaha-usahanya hanya di pandangsebagai debu-debu yang beterbangan kerana tidak ikhlaskepada Allah. Disamping itu jangan kita sekali-kaliberfikir bahawa jemaah memerlukan kita, sebaliknyakita memerlukan jemaah kerana dengan tidak berjemaah,siapalah kita dan mampukah kita mengharungiujian-ujian yang kita hadapi ketika berdakwah.Pada sesi soal jawab pak cik Nicholas berkongsitentang macam mana untuk menarik golongan non-muslimpada Islam, diantaranya:
Gadis-gadis Islam yang menawan atau pemuda-pemuda yangkacak. Faktor ini lebih membawa kepada perkahwinan.Contoh-contoh baik dikalangan orang Islam. Faktor ini menimbulkan tandatanya kepada mereka tentangsebab-sebab kenapa mereka sangat baik.Golongan-golangan tertentu yang memang mendekatigolongan non-muslim dengan tujuan dakwah.Pak cik Nicholas juga ditanya tentang sebab-sebab perbezaan pegangan Islam antara golongan Islam di luar negara dan di dalam negara.
Antara sebab-sebabnya ialah:
Pentarbiahan yang diikut dalam usrahSuasana. Di mana di luar negara, Islam ditekan danhasil dari pada itulah lahirnya individu-individu yangkuat dalam mempertahankan agama.Murabbi.sejauh mana kita bertindak sebagai pengislahmasyarakat, bukan sekadar mengislah diri kita sendiri.
Diakhir liqo’ pak cik Nicholas menganggap kesyumulan Islam itu sendiri yang telah menarik beliau untukterus menghayati Islam kerana keindahan ini tak dapatdi jumpai di mana-mana agama kecuali Islam. Akhirnyaliqo’melabuhkan tirainya pada 7.13 malam dengankehadiran sekitar 30 orang. Insyaallah liqo’Berkarisma 5 akan menyusul pasa minggu depan. kat sape2 ingin menambah atau memperbetulkan. ....tafaddhal. ...Allahumma barik 'alaik.... Sekian, wassalam….
Dipetik dari k-uia@yahoogroups.com
Monday, February 4, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment