Friday, February 15, 2008

|| Cakap vs Buat ||

tajuk ni adalah sambungan dari Perkongsian Liqa’ sebenarnya..

antara bercakap dan buat mana yang banyak kita lakukan..lebih banyak bercakap ke..atau pun lebih banyak buat kerja.cakap banyak tp kerja tak buat..cakap jer pandai tp buat nya tak pandai..org kata cakap tak serupa bikin..betul ke?

kita sebenarnya tak perlu banyak bercakap tetapi perlu terus melakukan kerja.kalau cakap jer pandai..tp tak buat..tak ada gunanya.biarlah amal kita yang jadi jurucakap kita.kita kena kurangkan bercakap dan banyakkan amal.bukan bermaksud kita tak boleh bercakap dan tak perlu bercakap..tapi cuma kurangkan je.banyak cakap..banyak lah kita buat silap..banyak pula dosa nya nanti.katanya Pak Anjang,kita ni sebenarnya mudah untuk bercakap berterusan tetapi sukar untuk melakukan amal yang berterusan.betul atau tidak tu..masing-masing nilai lah diri..

bercakap soal buat dan cakap ni..teringat kisah Hassan Al-Basri.Hassan Basri ni..kalau dia suruh orang lain buat amal kebaikan..dia akan pastikan diri dia dulu yang akan buat .kalau dia nak mencegah kemungkaran dan melarang seseorang melakukan kejahatan,dia akan pastikan yang dia sendiri tak buat kejahatan tu.orang yang mcm Hassan Basri ni lah yang patut kita contohi.jangan main banyak cakap sahaja..tp buat nya tidak.biarlah kedua-duanya seiring.jangan harapkan orang lain buat kalau kita sendiri tak buat..betul tak?fikir-fikirkan lah..

1 comment:

Anonymous said...
This comment has been removed by a blog administrator.